Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS lantik Kadir Maideen jadi Timbalan Ketua Eksekutif (DCE)

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sudah melantik seorang lagi Timbalan Ketua Eksekutif (DCE). Beliau ialah Encik Kadir Maideen Mohamed, 53 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sudah melantik seorang lagi Timbalan Ketua Eksekutif (DCE). Beliau ialah Encik Kadir Maideen Mohamed, 53 tahun.

Encik Kadir Maideen sebelum itu merupakan seorang Kolonel dan kemudiannya Penolong Pesuruhjaya dalam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dengan 25 tahun pengalaman dalam pasukan tersebut.

Jawatan terakhir beliau sebelum menjadi Timbalan Ketua Eksekutif MUIS ialah selaku Komander Hab Khidmat Korporat SCDF dan Pengarah Institut Latihan Perkhidmatan Negara (NSTI), SCDF.

Encik Kadir Maideen (kiri) (Gambar: Home Team News)

BERITAmediacorp maklum bahawa Encik Kadir Maideen sudah mula menyertai MUIS pada 4 Januari tahun ini, walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai pelantikan beliau itu.

Bagaimanapun, nama Encik Kadir Maideen sudah dimasukkan secara rasmi sebagai Timbalan Ketua Eksekutif MUIS dalam direktori online pemerintah, Gov.sg.

Encik Kadir Maideen (tengah) (Gambar: laman The Column AHA Centre)

Dengan perkembangan itu, MUIS kini sekali lagi mempunyai dua orang Timbalan Ketua Eksekutif. Seorang lagi ialah Dr Albakri Ahmad.

Encik Kadir Maideen mengisi tempat yang dikosongkan Timbalan Ketua Eksekutif sebelum ini, iaitu Encik Mohd Fahmi Aliman yang menyertai politik semasa pilihan raya tahun lalu.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan