Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS lanjutkan Dana Bantuan COVID-19 kepada lagi 1,500 keluarga

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperluaskan agihan Dana Bantuan MUIS COVID-19 (CMSF) kepada lagi 1,500 keluarga bagi membantu mengurangkan beban kewangan mereka yang terjejas dek ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperluaskan agihan Dana Bantuan MUIS COVID-19 (CMSF) kepada lagi 1,500 keluarga bagi membantu mengurangkan beban kewangan mereka yang terjejas dek ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik tersebut.

Jumlah ini satu tambahan kepada 4,000 keluarga yang diumumkan pada 4 Ogos lalu sebagai layak menerima bantuan sekali sahaja bernilai S$400 setiap satu, atau S$1.6 juta bagi CMSF secara keseluruhannya.

Dengan peluasan tersebut, MUIS menambah peruntukan CMSF sebanyak S$620,000 kepada S$2.22 juta, yang diagihkan kepada 5,500 keluarga kesemuanya.

7,000 PERMOHONAN CMSF DITERIMA

MUIS menerima 7,000 permohonan bagi CMSF, antara 10 Ogos hingga 31 Ogos lalu.

Agihan dana kepada 5,500 keluarga itu juga usaha MUIS bagi memastikan bantuan daripada zakat dihulurkan kepada lebih ramai orang yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Selain itu, bantuan tambahan tersebut sebagai mengiktiraf cabaran yang dihadapi banyak keluarga dek kesan COVID-19.

MUIS dalam kenyataan medianya menjelaskan pihaknya berharap wang agihan S$400 daripada sumbangan zakat oleh masyarakat itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan keluarga yang terjejas.

Agihan tersebut akan dimasukkan langsung ke dalam akaun bank para pemohon yang berjaya menjelang esok (18 Sep).

MUIS AKAN TERUS DAMPINGI MEREKA YANG TIDAK LAYAK BAGI CMSF

Para pemohon yang tidak berjaya kebanyakannya tidak memenuhi ukur tara kelayakan seperti pendapatan per kapita di bawah S$1,000 atau kini penerima bantuan Bantuan Kewangan Zakat atau Bantuan ComCare, atau memiliki lebih daripada satu permohonan bagi setiap keluarga.

MUIS menggalak mereka supaya meneroka pilihan skim-skim bantuan kebangsaan dan masyarakat yang disediakan.

"MUIS, bersama rakan kongsi Pembangunan Sosial (SD) di masjid
serta rakan-rakan M³, akan terus mendampingi segmen-segmen lemah dalam masyarakat Islam dalam bulan-bulan mendatang.

"Kami juga terus membangunkan keupayaan masjid dan pegawai Pembangunan Sosial kami bagi membantu keluarga-keluarga memerlukan dengan lebih baik lagi dalam bulan-bulan akan datang," jelas MUIS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan