MUIS lancarkan bengkel baharu, terus perkasakan para sukarelawan masjid, FITRAH
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) komited untuk terus memperkasakan para sukarelawan program-programnya termasuk yang menabur bakti di masjid-masjid.
Ini akan dilakukan menerusi Latihan Bermodul 'Senior Befriender' (SBF) yang kedua bagi menawarkan peluang latihan untuk mereka memperdalam kemahiran dalam program tiga modul itu.
"Kami juga berbangga untuk melancarkan dua latihan Tahap 2 yang baharu, Pendengaran Reflektif dan Bengkel Penjagaan - yang direka untuk memperkukuh empati, komunikasi dan ketahanan dalam kalangan para sukarelawan," kata Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di acara CARE-nival Sukarelawan yang dianjurkan MUIS pada Ahad (12 Okt).
Acara itu dianjurkan buat julung-julung kalinya untuk meraikan para sukarelawan atas dedikasi dan semangat mereka yang terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan untuk memajukan masyarakat.
MERAIKAN SUKARELAWAN MASJID, FITRAH
Bertemakan “Meraikan Jiwa Khidmat”, acara tersebut bertujuan meraikan semangat kesukarelawanan serta menggalakkan kerjasama antara Rakan Mesra Masjid MUIS, sukarelawan FITRAH dan ahli pembangunan sosial.

Ia juga bertujuan bagi mempromosikan kesejahteraan, pemerkasaan dan penglibatan masyarakat melalui aktiviti pengalaman, reruai interaktif dan sesi pembelajaran yang mengukuhkan ikatan dan mencetus inspirasi bagi khidmat berterusan untuk masyarakat.
Pada tahun 2024, seramai 600 Rakan Mesra Masjid MUIS, di mana 469 yang masih aktif, telah melaksanakan sebanyak 2,000 lawatan rumah.
Sejak 2022 juga, para sukarelawan menghangat pek makanan kepada 200 keluarga setiap bulan.
Bagi FITRAH pula, seramai 226 sukarelawan yang terdiri daripada 116 Kaunselor Agama dan 110 Rakan Mesra Komuniti, turut memberi sokongan sosial, emosi dan kerohanian.
"Acara penghargaan ini sangat bermakna untuk saya dan juga vendor MUIS yang lain. Setelah sekian lama berkhidmat, saya bersyukur sangat usaha kita bersama untuk golongan yang memerlukan dapat dihargai dan diiktiraf oleh MUIS," kata seorang sukarelawan, Encik Adanan Selamat.
Menurut Encik Adanan yang telah berkhidmat sebagai MUIS Befriender selama 12 tahun, pengalaman ini membuatkan beliau bermuhasabah diri dan lebih memahami isu masyarakat serta menanam kesedaran untuk membantu golongan memerlukan dan keluarga mereka bangkit semula.

Bagi seorang lagi sukarelawan, Encik Lezan Ariffin, yang telah berkhidmat sebagai sukarelawan FITRAH selama 4 tahun juga merasakan kenikmatan melakukan kerja-kerja kesukarelawanan.
"Ia membentuk sesuatu dalam diri saya, sesuatu yang saya dahagakan. Apabila sudah berkecimpung dalam kerja-kerja sukarelawan, rasanya lain. Kita boleh rasa kemanisannya. Lebih-lebih lagi seperti berganding bahu bersama golongan masyarakat daripada bangsa dan agama yang berbeza," kata Encik Lezan.
"Apabila saya menghantar barang-barang makanan ke rumah penerima bantuan, ramai yang berkongsi bahawa sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan harian. Setiap bulan, apabila kami mengagihkan barang-barang keperluan itu, mereka kelihatan begitu berbesar hati. Saya sendiri berasa tersentuh apabila melihat mereka kerana pada ketika itu saya tahu mereka benar-benar menghargai kehadiran kami," tambahnya lagi.
Acara yang telah diadakan pada Ahad (12 Okt) di Singapore EXPO telah menghimpunkan lebih daripada 400 sukarelawan.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.