MUIS lancar dana S$1j pertingkat kerjasama antara masjid SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah melancarkan Dana Kolaborasi Kehidupan Beragama Masyarakat (CRL) sebanyak S$1 juta untuk memperkukuh kerjasama antara masjid-masjid di Singapura.
Ketua Eksekutif MUIS, Encik Kadir Maideen, mengumumkan penubuhan dana tersebut semasa Persidangan Sektor Satu Masjid (OMS) yang berlangsung pagi tadi (8 Feb) di Singapore EXPO.
Dana itu akan dilaksanakan sepanjang tiga tahun mendatang bagi menggalakkan eksperimen dan menangani jurang dalam program sedia ada bagi memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berubah.
Selain itu, dana itu juga bertujuan untuk memupuk sektor masjid yang lebih saling berkait dan inovatif.
Dalam ucaptamanya, Encik Kadir menegaskan pentingnya sektor masjid tempatan untuk memandang ke hadapan.
"Masjid-masjid perlu menjadi berkesan, tangkas, dan boleh menyesuaikan diri dalam masa depan yang sentiasa berubah. Kami membayangkan 'Sektor Masjid yang Bersatu Padu, Terhubung dan Berimpak'. Visi ini bertujuan untuk menjalin rangkaian masjid yang berkolaboratif dalam menangani pelbagai keperluan masyarakat Islam," ujar beliau.
Demi merealisasikan visi ini, tiga teras strategik utama telah digariskan, selaras dengan pelan tiga tahun MUIS, iaitu Kehidupan Beragama Masyarakat Cergas, Golongan Berkeperluan yang Disokong dan Diperkasakan, dan Sektor Masjid Mampan, Kolaboratif dan Berimpak.
"Fungsi utama masjid adalah untuk membentuk kehidupan beragama masyarakat. Visi ini akan dilaksanakan menerusi empat elemen utama iaitu Ibadah, Belajar, Bimbing, dan Perhubungan. Elemen-elemen ini akan memastikan sektor masjid kekal menjadi mercu tanda bimbingan rohani, perpaduan komuniti dan pengaruh masyarakat yang positif, yang merangkumi prinsip iman dan perkhidmatan," kata Encik Kadir.
Sebuah jawatankuasa pemandu yang diketuai oleh Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir akan menetapkan hala tuju CRL.
Jawatankuasa itu, yang terdiri daripada wakil kepimpinan masjid dan pakar-pakar dari pelbagai bidang, akan membincangkan amalan terbaik serta cabaran dalam sektor masjid, sambil menggalakkan kerjasama dan perkongsian pengetahuan antara masjid-masjid.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli menegaskan kepentingan kerjasama demi menjadi warga yang bertanggungjawab.
"Saya sangat gembira kerana sektor masjid kita berkembang dengan pesat. Dengan adanya penggemblengan setiap jurusan masyarakat, termasuk asatizah sukarelawan, para karyawan, dan masyarakat umum, kita telah membangunkan sektor masjid sebagai satu institusi yang kita boleh banggakan. Mereka juga menyedari pentingnya untuk bekerjasama dengan masyarakat lain demi menjadi warga yang bertanggungjawab," kata Encik Masagos Zulkifli, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, yang ditemui semasa persidangan tersebut.
"Pihak masjid juga membina jambatan dengan agensi-agensi lain kerana penting bagi kita untuk wujud bukan hanya dalam masjid untuk beribadah, tetapi menggunakan wadah tersebut untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan masyarakat lain. Dengan ini, kita boleh menjadi model sebagai masyarakat gemilang yang boleh dicontohi oleh masyarakat antarabangsa," tambah Encik Masagos lagi.
Pengarah Kanan OMS, Encik Zalman Ali juga mengalu-alukan penubuhan dana itu untuk membantu sektor masjid.
"Daripada segi dana untuk kolaborasi ini, kita lihat walaupun ianya dilaksanakan sepanjang tiga tahun, tetapi dari segi programnya ia boleh menjangkau lebih dari tiga tahun. Ini mungkin baru permulaan tetapi kalau mendapat sambutan yang baik dan kita lihat natijah yang baik dari segi program-program yang dijalankan, kita akan kembangkan lagi untuk masa depan," jelas Encik Zalman.
PERSIDANGAN OMS TUMPUKAN INISIATIF UNTUK DEKATI GOLONGAN BELIA, WARGA EMAS DI MASJID
Persidangan OMS pagi tadi menjadi platform penting untuk menetapkan hala tuju sektor masjid bagi inisiatif-inisiatif masa depan.
Lebih 1,000 peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membincangkan tiga bidang utama sepanjang empat jam persidangan tersebut.
Perbincangan tertumpu kepada topik 'Keupayaan untuk Masa Depan' dan 'Membina Sektor Masjid yang Bekerjasama dan Berimpak'.
Menurut MUIS, demi meningkatkan kesan positif, masjid perlu lebih memahami keperluan jemaah melalui maklum balas masyarakat.
Sehubungan itu, MUIS turut membangunkan Buku Panduan CRL sebagai sumber rujukan bagi pemimpin dan kakitangan masjid dalam mewujudkan kehidupan sosio-agama yang lebih holistik.
Buku panduan tersebut diterbitkan dalam dua edisi, iaitu edisi belia dan edisi warga emas,.
Ia menawarkan pandangan, idea, serta contoh kes untuk setiap kumpulan sasaran.
Encik Zalman berkata: "Ia merupakan satu sumber untuk pihak masjid memanfaatkan dengan idea-idea yang digunakan untuk dijalankan di masjid-masjid. Ia juga boleh dikembangkan pada masa akan datang dengan idea-idea baharu yang boleh dimanfaatkan dan dijadikan bahan untuk perbincangan serta peluang-peluang lain yang boleh diteroka untuk kolaborasi dengan badan badan lain."
Antara topik lain yang dibincangkan adalah mengenai 'Merapatkan Generasi – Mementingkan Jemaah'.
Menurut MUIS, masyarakat Melayu/Islam di Singapura sedang menghadapi perubahan demografi yang ketara, dengan peningkatan jumlah belia dan warga emas.
Sebagai pemimpin masa depan masyarakat, golongan belia memerlukan asas kerohanian dan kemahiran yang kukuh untuk menghadapi cabaran yang semakin kompleks.
Seorang peserta dalam sesi perbincangan tersebut, Ahmad Amsyar Mohd Adam, yang merupakan mahasiswa di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), turut serta dalam perbincangan.
Beliau juga merupakan Presiden NTU Muslim Society.
Berlandaskan perbincangan di OMS Summit, Amsyar berkata: "Para siswa dan siswi di universiti di Singapura mungkin tidak tahu atau terlalu segan untuk pergi ke masjid. Oleh itu, pertubuhan Muslim Society di universiti-universiti boleh dijadikan sebagai perantara antara para belia dengan dengan masjid-masjid di Singapura.
"Ada lebih 70 masjid di Singapura dan hanya 6 universiti yang ada Muslim Society di Singapura. Ini menunjukkan bahawa ada banyak peluang untuk para belia dan pemimpin para belia untuk bekerjasama dengan pegawai pegawai di masjid untuk memberikan perkhidmatan yang khusus dan tepat kepada keperluan para belia," tambah beliau.
Setiausaha Masjid Al-Mukminin, Encik Hassanuddin Rosman pula berkata: "Sekarang, kami mengadakan program di masjid seperti untuk belajar bagaimana untuk menggunakan telefon bimbit dan juga untuk datang ke masjid setiap minggu untuk mengadakan apa tu senaman. Pada masa akan datang kami akan teruskan program program tersebut dengan mengadakan lebih program program perbincangan ataupun program gaya hidup sihat sebagai warga emas."
PELANCARAN SALAM SG 2025
Gerakan Salam SG 2025 juga dilancarkan secara rasmi oleh Encik Masagos pagi tadi.
Gerakan yang berlangsung dari bulan Ramadan hingga Zulhijjah itu diterajui oleh masjid-masjid di merata negara dengan tujuan menggalakkan masyarakat untuk menyertai program-program yang diadakan di masjid.
Salah satu inisiatif utama di bawah Salam SG 2025 adalah SalamSG Connect.
Ia menyediakan saluran WhatsApp untuk berkongsi acara dan inisiatif berkaitan masjid kepada masyarakat.
Selain itu, tinjauan pendapat pantas dan maklum balas mengenai acara juga akan dikumpulkan untuk merancang acara-acara yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Salam SG 2025, orang ramai boleh melayari laman web OurMasjid.SG.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.