Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS lancar buku panduan; galak umat Islam S'pura 'perdalam iman, perkasa amanah' jelang Ramadan

Umat Islam Singapura digesa supaya 'Memperdalam Iman, Memperkasa Amanah' sedang masyakat Muslim tempatan menyambut ketibaan bulan Ramadan yang bakal menjelang dalam suasana yang belum pernah dialami sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Umat Islam Singapura digesa supaya 'Memperdalam Iman, Memperkasa Amanah' sedang masyakat Muslim tempatan menyambut ketibaan bulan Ramadan yang bakal menjelang dalam suasana yang belum pernah dialami sebelum ini.

'Memperdalam Iman, Memperkasa Amanah' dipilih sebagai tema Ramadan tahun ini atau bersamaan dengan 1441 Hijriah.

Mengumumkan tema tersebut dalam kenyataan medianya hari ini (14 Apr), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menggalak umat Islam di Singapura supaya terus menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan dengan penuh bermakna di rumah. Ini sekalipun dengan gangguan pada kegiatan tradisional termasuk acara keramaian masyarakat dan solat tarawih berjemaah di masjid, yang giat dijalankan sewaktu bulan suci itu, dek pandemik COVID-19.

MUIS menggariskan empat tunggak bagaimana masyarakat Islam setempat boleh melantunkan tema Ramadan tahun ini seperti berikut:

  1. Beri tumpuan kepada tanggungjawab penting semasa menjalankan ibadah puasa dan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan melalui zakat.
  2. Terus menyerlahkan semangat kemasyarakatan menerusi kaedah alternatif dengan menimba ilmu bersama asatizah kita secara online.
  3. Terus menyokong golongan yang mudah terjejas dan masyarakat menerusi sumbangan online kerana Ramadan adalah bulan untuk beramal ibadah
  4. Tanggungjawab adalah salah satu nilai paling penting dalam Islam dan ia menjadi bukti keimanan kita. Maka itu, mainkanlah peranan untuk menjaga keselamatan serta kemaslahatan setiap orang di sekeliling kita.

BINA DAYA TAHAN MENERUSI KEAGAMAAN SEBAGAI UMAT BERTANGGUNGJAWAB

Pejabat Mufti turut mengiktiraf dan menghargai peranan penting yang dimainkan oleh pertubuhan agama dan para asatizah dalam membimbing umat Islam Singapura sedang cabaran-cabaran baru timbul di tengah-tengah perkembangan COVID-19 yang kian memburuk.

Di bawah bimbingan pertubuhan-pertubuhan agama dan para asatizah, masyarakat Islam di sini secara komprehensif berupaya memaparkan dan membina daya tahan kerohanian, sosial, fizikal serta dari segi psikologi, sambil menekankan betapa pentingnya untuk menjalankan tanggungjawab sosial semasa penularan COVID-19 sekarang.

LANCAR BUKU PANDUAN

Di samping itu, MUIS menyatakan Pejabat Mufti melancarkan sebuah buku panduan 'Siri Irsyad Kontemporari Jilid 2' untuk membimbing masyarakat dalam mengukuhkan keimanan semasa penularan COVID-19.

Buku panduan itu memberi penekanan kepada peranan umat Islam Singapura sebagai seorang rakyat yang mengamalkan tanggungjawab sosial untuk membendung penularan lanjut virus korona tersebut dalam kalangan masyarakat.

Ia akan menyelitkan nasihat-nasihat yang sudahpun dikeluarkan sebelum ini semasa penularan COVID-19 berlaku. Selain itu, pertanyaan lain yang diketengahkan oleh anggota masyarakat juga akan disentuh dalam buku panduan tersebut.

Buku panduan tersebut boleh didapatkan di sini.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan