MUIS komited banteras ajaran sesat; PERGAS gesa umat Islam SG rujuk kepada asatizah bertauliah
MUIS memandang serius terhadap sebarang aduan mengenai individu yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat ataupun songsang. PERGAS nasihatkan masyarakat agar lebih berhati-hati.
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memandang serius dan tidak akan mengambil enteng terhadap sebarang laporan ataupun aduan mengenai individu-individu yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat ataupun songsang.
Dalam responsnya kepada BERITA Mediacorp berhubung kes mahkamah melibatkan individu yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat, MUIS menegaskan bahawa pihaknya kekal komited menyediakan bimbingan agama yang betul kepada umat Islam di sini.

Dalam kes itu, MUIS dan Jawatankuasa Fatwa telah membuat aduan polis pada 24 Ogos 2021.
Sebelum itu, MUIS sudah menjalankan siasatan dari 2015 hingga 2017.
MUIS bagaimanapun memutuskan untuk membuka semula siasatan setelah mendapat maklumat baru mengenai kes tersebut.
MUIS turut mendedahkan bahawa ia akan mengambil langkah yang sesuai bagi mengekang dan membanteras penyebaran ajaran sesat daripada berakar di negara ini.
Umat Islam tempatan juga digesa supaya mendapatkan bimbingan dan panduan agama daripada asatizah yang berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).
Bagi memeriksa sama ada seseorang individu itu berdaftar di bawah ARS ataupun tidak, orang ramai boleh melungsuri laman ini.

MASYARAKAT PERLU LEBIH BERHATI-HATI
Dalam responsnya terhadap kes yang sama, Presiden Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS), Tarmizi Abdul Wahid menggesa masyarakat supaya lebih peka dan berhati-hati dalam membuat pilihan khususnya semasa mempelajari agama Islam.
Antara caranya, menurut beliau, adalah dengan memastikan pembimbing yang mengendalikan kelas agama adalah daripada kalangan asatizah bertauliah yang diiktiraf ARS dan tertakluk di bawah kod etika ARS.
"PERGAS juga menghargai peranan kod etika bagi Penyedia Khidmat Pengajaran Islam (IECP) yang berfungsi bagi memperkukuhkan institusi-institusi pengajian Islam supaya mengikut undang-undang yang telah ditetapkan," kata Ustaz Tarmizi.
Dengan perkembangan terbaru kes berkenaan, beliau menghargai dan menyokong usaha dan kecekapan badan-badan dan agensi-agensi yang telah menjalankan tanggungjawab yang baik dalam membanteras ajaran sesat daripada berleluasa di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.