Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS: Kesan pengaruh ISIS ke atas 2 warga S'pura radikal 'sangat dikesali'

Dua warga Singapura yang menjadi radikal akibat dipengaruhi ISIS secara online "amat dikesali" meskipun terdapat usaha membasmi ideologi tersebut menerusi media utama dan sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS: Kesan pengaruh ISIS ke atas 2 warga S'pura radikal 'sangat dikesali'

Majlis Ugama Islam Singapura. (Gambar: Laman Mendaki)

Diterbitkan : 25 Jul 2019 08:01PM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 08:11PM

SINGAPURA: Dua warga Singapura yang menjadi radikal akibat dipengaruhi ISIS secara online "amat dikesali" meskipun terdapat usaha membasmi ideologi tersebut menerusi media utama dan sosial.

MUIS menyatakan demikian hari ini (25 Jul) sebagai respons terhadap laporan mengenai dua warga Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Negara (ISA) kerana mempunyai hasrat ke Syria untuk menganggotai kumpulan ISIS.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sebelum itu menyatakan Kuthubdeen Haja Najumudeen, 36 tahun, dan Suderman Samikin
47 tahun - masing-masing ditahan pada Mei dan Julai tahun ini.

MUIS menyatakan kes penahanan dua individu tersebut menekankan lagi "bahaya mencari panduan agama secara online daripada sumber yang tidak dipercayai, terutamanya dari luar negara".

Menurut MHA, Haja kerap mengikuti syarahan oleh pendakwah radikal Sri Lanka, Zahran Hashim, yang dikenal pasti pihak berkuasa Sri Lanka sebagai dalang dan salah seorang pengebom nekad yang terlibat dalam serangan pengganas di Sri Lanka pada 21 April 2019 yang meragut lebih 250 nyawa.

Sementara itu, Suderman pula menjadi radikal selepas mengikuti syarahan oleh Anwar al-Awlaki - peneraju ideologi Al-Qaeda yang sudah meninggal dunia - dan propaganda ISIS secara online.

"Meskipun ideologi radikal ISIS ditolak dalam media utama dan sosial, amat dikesali kedua-dua individu menjadi mangsa pengaruh ISIS secara online," menurut kenyataan MUIS.

MUIS turut menggesa masyarakat Islam supaya mendapatkan bimbingan agama hanya daripada asatizah dan madrasah yang berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

Dalam pada itu MUIS menekankan perlunya masyarakat kekal berwaspada terhadap ajaran eksklusif dan melampau. Anggota keluarga dan rakan-rakan yang ingin membantu individu yang menunjukkan tanda-tanda radikal, digesa merujuknya ke badan-badan masyarakat relevan atau pihak berkuasa. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan