Muis keluarkan irsyad; keringanan untuk 2 golongan tidak tunaikan solat Jumaat dikekalkan
Pejabat Mufti hari ini (29 Jan) mengeluarkan kemas kini irsyad (panduan) mengenai solat berjemaah di masjid, mengekalkan keringanan atau 'rukhsah' untuk tidak menghadiri solat Jumaat bagi dua kumpulan orang.

Solat jemaah di Masjid Sultan. (Gambar: MUIS)
SINGAPURA: Pejabat Mufti hari ini (29 Jan) mengeluarkan kemas kini irsyad (panduan) mengenai solat berjemaah di masjid, mengekalkan keringanan atau 'rukhsah' untuk tidak menghadiri solat Jumaat bagi dua kumpulan orang.
Pertama, mereka yang sudah lengkap divaksin namun tidak berjaya menempah slot untuk
menunaikan solat Jumaat disebabkan keterbatasan ruang.
Kedua, mereka yang tidak sihat dan perlu melindungi diri mereka dan orang lain daripada bahaya. Ini termasuk individu-individu yang mudah dijangkiti penyakit disebabkan sistem imun lemah, menghidap penyakit kronik atau tidak layak divaksin atas sebab kesihatan.
Mereka yang tidak layak divaksin atas sebab kesihatan wajib menerima 'rukhsah' tersebut dan tidak menghadirikan diri bagi solat Jumaat. Ini kerana kehadiran mereka di perhimpunan besar akan menimbulkan risiko kemudaratan kepada diri mereka dan orang lain, menurut irsyad Pejabat Mufti itu.
HUKUM SOLAT JUMAAT KEKAL WAJIB TETAPI...
Syariat Islam berasaskan prinsip-prinsip dan amalan yang membawa kesejahteraan hidup bagi setiap keadaan dan suasana.
Dalam situasi yang boleh menyebabkan kemudaratan, Syariat Islam memberikan ruang serta jalan penyelesaian yang bertujuan memelihara nyawa, agama, kesihatan dan keselamatan individu dan awam, menurut Pejabat Mufti.
Hukum solat Jumaat kekal wajib. Namun, berdasarkan perkembangan terkini
dalam situasi pandemik, keringanan (rukhsah) untuk tidak menunaikan solat Jumaat masih wujud bagi dua golongan tersebut.
Selain daripada dua golongan tersebut, Pejabat Mufti turut menggesa kaum Muslimin supaya berusaha mengambil langkah-langkah yang wajar untuk membolehkan diri mereka menunaikan solat Jumaat.
Ini termasuk memastikan status vaksinasi yang lengkap dan mendaftar setiap minggu bagi ruang menunaikan solat Jumaat.
Bagi solat lima waktu, individu-individu yang terdiri dalam dua kumpulan tersebut, tidak mengira status vaksinasi mereka, masih boleh menunaikan solat sendirian di masjid di luar waktu solat jemaah.
LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT VAKSINASI DIBEZAKAN DI MASJID
Mulai 1 Februari ini, semua 66 masjid tempatan yang menawarkan solat lima waktu berjemaah dan solat Jumaat akan melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS).
Ini sejajar dengan langkah-langkah langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) yang kini diperluaskan kepada ibadah berjemaah dan lain-lain, sedang Singapura menjangkakan lonjakan kes-kes jangkitan Omicron.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.