MUIS kaji perluas Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa ke madrasah lain: Masagos
MUIS sedang mengkaji sama ada untuk memperluas Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) ke madrasah lain.

(Gambar fail: Mediacorp)
SINGAPURA: MUIS sedang mengkaji sama ada untuk memperluas Program Diploma Baccalaureate Antarabangsa (IBDP) ke madrasah lain.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan di Parlimen oleh Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.
Program IBDP diperkenalkan di Madrasah Aljunied pada 2019, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelajar Pra-Universiti.
Dr Wan Rizal juga ingin tahu jenis sokongan yang diberikan kepada madrasah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran, pengetahuan, dan nilai yang diperlukan untuk menjadi pemimpin agama dan ulama masa depan.
Encik Masagos berkata MUIS dan pelbagai rakan masyarakat menyokong madrasah dengan memberikan pelajar pelbagai sumber dan peluang untuk menjadi asatizah masa depan.
Ini termasuk menggunakan teknologi dalam pelajaran mereka, seperti buku digital dan platform pembelajaran online.
Peluang penempatan latihan di pelbagai agensi masyarakat dan swasta serta kerjasama dengan sekolah nasional, memupuk pemahaman lebih mendalam tentang budaya dan nilai berbilang kaum Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.