Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS hantar 1,500 surat pernyataan hasrat untuk musim haji 2023

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menghantar Surat Hasrat (LOI) kepada 1,500 bakal jemaah haji Singapura tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menghantar Surat Hasrat (LOI) kepada 1,500 bakal jemaah haji Singapura tahun ini.

Demikian respons MUIS kepada pertanyaan BERITAmediacorp tentang surat bertarikh 12 Januari itu.

Menurut MUIS, surat itu dihantar kepada jemaah
dalam senarai Sistem Pendaftaran Haji (AHRS) dan pemilihan mengikut giliran mereka berdasarkan senarai untuk mengerjakan ibadah haji.

Walaupun tiada sekatan umur ditetapkan untuk musim haji tahun ini, syarat lazim lain yang ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah kerajaan Arab Saudi (KSA) seperti sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 dan vaksinasi bermusim masih kekal.

Bakal jemaah haji harus mengesahkan sama ada untuk menerima atau menolak tawaran naik haji itu sebelum 27 Januari ini, menerusi laman MyHajSG.

"Bagi mereka yang menyatakan hasrat untuk menunaikan Haji 2023, MUIS akan mengeluarkan Surat Tawaran Rasmi (LOO) kepada pemohon yang berjaya pada akhir Februari 2023. Bagi yang menolak, mereka akan dikembalikan ke senarai menunggu. Oleh itu, tiada lagi surat akan dihantar selepas surat bertarikh 12 Januari itu," menurut MUIS.

MUIS menyatakan ia sedang berusaha untuk memastikan 900 tempat yang diperuntukkan diisi, dan pada masa yang sama, mengurangkan tunggakan dalam sistem AHRS bagi membolehkan permohonan baru haji oleh bakal jemaah.

Sehingga 1 Januari 2020, terdapat 35,000 bakal jemaah haji yang telah mendaftar di AHRS dan menunggu giliran menunaikan haji.

MUIS akan membuka semula pendaftaran haji melalui portal baru MyHajSG, pada 21 Februari ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan