MUIS galak pembayar zakat guna kaedah tanpa tunai seberapa boleh
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Majlis Ugama Islam Singapura)
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura akan menyemak prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan mengenakan langkah-langkah yang perlu untuk perkukuhkan lagi proses dan sistem zakat.
Dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang diajukan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Zhulkarnain Abdul Rahim tentang kejadian urus niaga zakat mencurigakan yang dikesan di Masjid Al-Istiqamah pada Jun lalu, Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli berkata siasatan polis masih dijalankan.
Oleh itu, MUIS tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat lanjut.
Buat masa ini, masjid itu sudah menggantung sementara semua pengumpulan zakat di kaunter pembayarannya.
"Syarat-syarat pentadbiran dan prosedur operasi standard bagi mengendalikan bayaran zakat secara tunai dan digital tersedia dan sering disemak. Pegawai zakat MUIS dan para penyelia sudah dilatih bagaimana mengendalikan sistem pengumpulan zakat dan SOP," jelas Encik Masagos.
"Audit kerap juga dilaksanakan untuk memastikan pematuhan kepada prosedur yang betul dan boleh mengesan transaksi mencurigakan seperti di Masjid Al-Istiqamah," tambah beliau.
Encik Masagos juga berkata bahawa MUIS menggalak pembayar zakat untuk gunakan kaedah tanpa tunai seberapa boleh.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.