MUIS galak jemaah periksa laman ini untuk sahkan ruang solat

Gambar fail
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerima maklum balas bahawa sesetengah jemaah tidak menerima atau lewat menerima emel pengesahan bagi tempahan ruang solat yang dibuat.
Dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (2 Apr), MUIS mengingatkan jemaah bahawa mereka boleh mengesahkan tempahan ruang solat dan mendapatkannya semula melalui pautan ini https://ourmosques.commonspaces.sg/check-booking.
Jemaah juga boleh mengambil tangkap layar halaman tersebut sebagai bukti untuk masuk ke masjid.

MUIS menambah sekiranya jemaah sudah menempah slot solat tetapi tidak dapat hadir ke masjid, mereka juga boleh membatalkan tempahan tersebut menerusi pautan yang sama sebelum sesi solat bermula.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.