Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS dalam proses gulung siasatan kes lelaki dipercayai mengaku nabi

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang dalam proses menggulung siasatan kes lelaki yang dikatakan mengaku nabi dan mengamalkan nikah batin.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS dalam proses gulung siasatan kes lelaki dipercayai mengaku nabi

(Gambar fail: Google Maps)

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang dalam proses menggulung siasatan kes lelaki yang dikatakan mengaku nabi dan mengamalkan nikah batin.

Menurut kenyataan MUIS pada Ahad (11 Jul), pasukan penyiasat serta Jawatankuasa Fatwa sudahpun menemu bual individu-individu utama yang terkait dengan kes tersebut dan hasil siasatannya akan dikongsikan dengan orang ramai dalam masa terdekat.

Sementara itu, MUIS menyangkal dakwaan bahawa ia "gagal bertindak" terhadap individu yang dipercayai sudah lebih 15 tahun menyebarkan ajaran sesat itu.

Dakwaan seperti itu terus berlegar-legar di alam maya dan bahkan diterbitkan dalam rencana yang ditulis seorang penulis asing.

Ini walaupun Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli sudah tampil menjelaskan di Parlimen pada Januari 2021 bahawa MUIS pertama kali menerima aduan terhadap lelaki tersebut pada 2015.

Selepas menjalankan siasatan, MUIS pada 2018 mengarahkan lelaki terbabit supaya segera berhenti menawarkan 'khidmat penyembuhan'. Dia turut diarah berhenti menyebarkan sebarang ajaran yang tidak berlandaskan sumber-sumber agama yang berwibawa.

Namun pada November tahun lalu, menurut MUIS, timbul maklumat baru. Akhbar The Straits Times menerbitkan sebuah laporan bertarikh 9 November yang mengemukakan pelbagai dakwaan terhadap lelaki sama yang disiasat MUIS itu.

"Sejurus setelah timbul maklumat baru mengenai kes ini, MUIS dengan segera membuka semula siasatan kami dan mengeluarkan kenyataan media pada 10 November 2020 untuk menggesa orang ramai supaya tampil dengan bukti," menurut MUIS lagi.

Jadi dakwaan bahawa MUIS "sudah bertemu dengan lelaki terbabit lebih setahun yang lalu tetapi gagal mengambil tindakan" tidak berasas sama sekali.

Dakwaan seperti itu malah sekadar mempertikaikan kewibawaan MUIS sehingga ia terpaksa berkali-kali tampil untuk membidas semua dakwaan tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan