Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS buat aduan polis berhubung mesej sijil halal ditarik balik dari 63 tempat makan

Jika anda mendapat mesej itu, ia sebenarnya berita palsu. Mesej yang dimaksudkan itu tersebar di platform media sosial seperti WhatsApp, menyatakan bahawa kononnya 63 tempat makan yang sepatutnya halal, tidak mempunyai sijil halal.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS buat aduan polis berhubung mesej sijil halal ditarik balik dari 63 tempat makan

(Gambar: Eighteen Chefs/4Fingers Crispy Chicken/ Facebook)

Diterbitkan : 24 Apr 2018 09:06PM Dikemas Kini : 24 Apr 2018 09:08PM

SINGAPURA: Jika anda mendapat mesej itu, ia sebenarnya berita palsu. Mesej yang dimaksudkan itu tersebar di platform media sosial seperti WhatsApp, menyatakan bahawa kononnya 63 tempat makan yang sepatutnya halal, tidak mempunyai sijil halal.

Lantaran itu, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) hari ini (24 Apr) menjelaskan bahawa ia sudah membuat laporan polis berhubung berita palsu itu.

Antara tempat makan dalam senarai itu yang dikatakan ditarik balik sijil halal masing-masing termasuklah rangkaian restoran seperti Eighteen Chefs, 4Fingers, Crispy Chicken, Siam Kitchen.

"Sejak beberapa hari lalu, terdapat mesej yang tersebar di platform Internet yang mendakwa bahawa MUIS menarik balik sijil halal daripada 63 tempat makan. MUIS ingin menjelaskan bahawa dakwaan itu sama sekali palsu," menurut MUIS.

"MUIS mengambil pandangan serius terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab yang akan mengelirukan orang awam," tambahnya.

Badan penguasa Islam Singapura itu kini menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan. Ia juga menggesa supaya mereka mendapatkan penjelasan daripada sumber-sumber yang benar dan sahih.

"Ini bukan kali pertama bahawa kepalsuan seperti ini tersebar di media sosial. Malah kepalsuan seperti ini sering disebarkan berulang kali selama sehingga beberapa tahun," tambahnya melalui catatan Facebook yang turut menyertakan hashtag #fakenews.

Pada 2007, NTUC Fairprice memfailkan aduan polis selepas gambar satu paket daging babi yang mempunyai logo halal. Gambar itu menjadi viral lagi pada 2011 dan 2014. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan