Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS bina kampus 5 tingkat untuk latihan asatizah di kompleks Wakaf Bencoolen

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sedang membangunkan sebuah kampus baru untuk mengendalikan Program Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) buat para asatizah. Kampus lima tingkat itu akan berdiri bersebelahan Masjid Bencoolen.

Ini diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli di Parlimen sebentar tadi (10 Mac) semasa membentangkan pelbagai rancangan bagi masyarakat Melayu/Islam tahun ini.



"Untuk menyokong lagi pembangunan para asatizah muda kita, MUIS akan memperuntukkan sebuah kampus khas bagi program PCICS, yang akan dibuka di dalam kompleks Wakaf Bencoolen. Kampus baru itu akan mempunyai pelbagai kemudahan pembelajaran seperti sebuah perpustakaan," dedah Encik Masagos sambil menambah bahawa kampus itu dijangka siap pada hujung tahun ini.

Menurut MUIS dalam satu kenyataan berasingan, kampus itu dijangka dapat memuatkan sekitar 300 kakitangan dan pelajar pada satu-satu masa.

(Gambar-gambar: MUIS)

Antara ciri-ciri kampus itu termasuk bilik seminar, dewan kuliah, ruang kolaboratif dan ruang bekerja bersama bagi para kakitangan.

Pembangunan kampus ini diumumkan kurang tiga tahun selepas PCICS pertama kali diumumkan pada awal 2019. Program possiswazah itu ditawarkan untuk melengkapkan para asatizah dengan pengetahuan dan kemahiran memberi bimbingan agama dalam konteks kontemporari.

Dua kohort PCICS sudahpun tamat pengajian dan pencapaian mereka diraikan pada 30 Jan lalu.

Yang pasti, ini akan menjadi kampus Islam pertama kendalian MUIS yang menyediakan program possiswazah. Ini sedang MUIS masih lagi melakar model bagi pembangunan Kolej Islam pertama Singapura yang pertama kali diumumkan pada 2016.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan