Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS benarkan 14 kumpulan Qaryah adakan solat tarawih

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membenarkan 14 kumpulan Qaryah untuk mengadakan solat tarawih di kolong blok atau dewan serba guna.

Ini merangkumi kawasan timur, barat dan utara Singapura.

Kebenaran itu diberi ekoran maklum balas daripada kumpulan-kumpulan Qaryah.

MUIS memaklumkan pada 15 Mac bahawa solat tarawih hanya akan diadakan di masjid-masjid kerana

Namun selepas mengadakan pertemuan dengan pihak Qaryah, MUIS memberi kebenaran kepada 14 Qaryah untuk mengadakan solat tarawih di kolong blok atau dewan serbaguna kerana sudah kesuntukan masa untuk membatalkan persiapan yang sudah dibuat.

Kolong blok 607 Yishun street 61 adalah antara 14 tempat solat tarawih anjuran Qaryah yang dibenarkan MUIS itu.

Dengan bantuan para relawan sejak Isnin, ruang solat itu sudah sedia untuk menerima para jemaah pada permulaan Ramadan.

Ia dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pendingan udara serta tikar dan kerusi.

Secara keseluruhan, ia boleh menampung seramai 400 jemaah pada satu-satu masa.

Tempat mengambil wudhu juga disediakan.

Ketua Qaryah kawasan Yishun, Shariff Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan belanja sekitar S$5,000 bagi menempah permaidani-permaidani baru bagi memberi lebih keselesaan kepada para jemaah.

--

Maka itu, apabila MUIS mengeluarkan surat makluman kepada Qaryah yang memaklumkan bahawa solat tarawih di kolong flat dan dewan serba guna tidak akan diadakan, ia adalah berita mengecewakan.

Mujur keprihatinan pihak Qaryah telah diambil kira dan solat tarawih dibenarkan semula di kolong blok ini.

"Kita sudah buat poster di setiap blok. Letak sepanduk itu semua kita dah siapkan dulu. Jadi kalau dibatalkan, penduduk sudah tahu kan yang ini tahun ada tarawih. Sudah 3 tahun kita tak kumpul macam ini. Perasaan sudah tentu gembira kan, gembira untuk saya uruskan ini semua dan gembira untuk penduduk di sini sebab mereka dekat, mungkin yang tinggal atas dah habis berbuka, sembahyang Maghrib, rehat sekejap baru turun," ujar ketua Qaryah Yishun Encik Shariff Ahmad.

Encik Roslan Panick antara 10 relawan yang menyingsing lengan untuk menyediakan ruang solat tarawih di kolong blok itu.

--

"Di sini agak ramai penduduk-penduduk warga emas. Jadi dari St 61 ini nak ke masjid agak jauh juga jadi kalau kita buat di kolong blok, mudah untuk warga-warga emas ini. Waktu Maghrib sampai waktu Isyak terhad. Jadi kalau nak lepas makan, sembahyang Maghrib di rumah lepas tu naik bas ke masjid agak ambil waktu juga," tambah Encik Roslan.

Solat Aidilfitri turut akan diadakan di kolong blok 607 Yishun Street 61 pada jam 8.00 pagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan