Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS belum terima butiran kuota Haji S'pura: Masagos

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai kuota Haji bagi jemaah Singapura buat masa ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai kuota Haji bagi jemaah Singapura buat masa ini.

Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura Masagos Zulkifli dalam catatan Facebook hari ini (9 Apr).

Ini menyusuli pengumuman pihak berkuasa Arab Saudi untuk menambah jumlah jemaah Haji tempatan dan luar negara kepada sejuta tahun ini.

Menurut Encik Masagos, terdapat kemungkinan besar kuota yang akan diberikan kepada setiap negara akan dikurangkan.

"Ini memandangkan bilangan jemaah Haji yang dibenarkan untuk menunaikan Haji berkurangan berbanding 2.5 juta sebelum ini," katanya.

Meskipun begitu, Encik Masagos menggesa masyarakat supaya bersikap fleksibel dan bersedia membuat penyesuaian apabila butiran lanjut diumumkan.

"MUIS sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi mengenai urusan Haji dan akan berkongsi maklumat lanjut apabila butiran lanjut diperolehi," kata Encik Masagos.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan