MUIS, ARB perjelas isu komen online asatizah terhadap LGBT
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Majlis Ugama Islam Singapura)
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menegaskan surat amaran tidak pernah dikeluarkan kepada mana-mana guru agama tempatan sekiranya mereka berpandangan bahawa homoseksualiti adalah haram di sisi Islam atau perkahwinan sesama jenis merupakan satu dosa.
Kenyataan MUIS itu dikeluarkan setelah satu komen online, oleh seorang ustaz yang mendakwa asatizah yang menentang masyarakat LGBT diberikan surat sedemikian.
Dalam satu kenyataan bersama Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), MUIS menyatakan komen itu "jelas sekali mengelirukan".
Komen yang dibuat pada 30 April lalu itu sudahpun dipadamkan.
Menurut MUIS, dalam beberapa catatan Facebook yang dibuat antara Disember 2021 hingga Februari 2022, ustaz berkenaan menggunakan bahasa tidak sesuai dan bersifat mengapi-apikan yang boleh menimbulkan kebencian serta rasa tidak hormat terhadap golongan LBGT di Singapura.
ARB kemudian menyoal siasat ustaz terbabit dan mendapati catatan-catatan Facebooknya melanggar Kod Etika Skim Pengikitrafan Asatizah (ARS).
Sehubungan itu, ARB mengeluarkan surat amaran kepada beliau berhubung perkara tersebut dan tindakan lain yang menyalahi Kod Etika.
MUIS menekankan asatizah mesti mematuhi Kod Etika ARS.
Ini termasuk tidak mencetuskan gangguan awam atau menyokong mana-mana idea yang berkemungkinan menggalak fahaman pelampau atau keganasan.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.