Skip to main content

Singapura

MUIS arah Starbucks turunkan atau betulkan papan tanda merujuk kepada pensijilan halal

Anggaran Waktu Membaca:
 MUIS arah Starbucks turunkan atau betulkan  papan tanda merujuk kepada pensijilan halal

(Gambar: Instagram/starbuckssg)

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Khamis (14 Mei) telah mengarahkan Starbucks untuk turunkan atau membetulkan papan tanda yang merujuk kepada pensijilan halal atau peralihan untuk mendapatkan sijil halal.

MUIS memandang serius hal itu yang menjadi tular setelah sebuah catatan Facebook menunjukkan gambar papan tanda tersebut yang dipasang di cawangan Parkland Green di Taman East Coast.

Papan tersebut menyatakan bahawa "Mulai 25 Mei 2026, haiwan peliharaan tidak lagi dibenarkan di kawasan tempat duduk dalam dan luar bangunan sebagai sebahagian daripada peralihan ke arah operasi bersijil halal".

Papan tanda itu menambah bahawa anjing pemandu atau 'guide dog' masih dibenarkan.

Seorang jurucakap MUIS mengatakan ia belum menerima sebarang permohonan sijil halal oleh Starbucks.

Tambahnya lagi, MUIS mengambil serius tentang perkara tersebut dan sebarang rujukan kepada status pensijilan halal, persediaan untuk mendapatkan pensijilan halal atau proses permohonan yang sedang berjalan sebelum mendapatkan pengesahan sama sekali tidak dibenarkan.

Selain itu, MUIS turut menghubungi Starbucks untuk menghentikan sebarang rujukan terhadap status pensijilan halal atau kemajuan permohonan menerusi bahan-bahan ditujukan kepada masyarakat.

Starbucks juga diarahkan untuk menyemak dan membetulkan semua bahan-bahan berkaitan, termasuk di media sosial serta bahan-bahan di gerainya.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita