Skip to main content

Singapura

MUIS arah pemegang sijil halal henti import, guna produk daging Thomas Foods International Lobethal

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS arah pemegang sijil halal henti import, guna produk daging Thomas Foods International Lobethal

(Gambar fail: MUIS)

Diterbitkan : 31 May 2022 04:33PM Dikemas Kini : 01 Jun 2022 06:01PM

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sudahpun mengarahkan semua pemegang sijil halalnya untuk menghentikan dengan serta-merta import dan penggunaan produk daging daripada pusat penyembelihan di Australia, Thomas Foods International Lobethal (TFIL).

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (31 Mei), MUIS mendapati terdapat sebab yang munasabah untuk merumuskan bahawa kesahihan daging halal daripada pusat penyembelihan TFIL sudah dikompromi.

"Keputusan kami berdasarkan fakta dan pandangan daripada pihak-pihak berkuasa yang berwenang dan diyakini, selepas menjalankan siasatan dengan beberapa pihak terlibat," terang Encik Sharifuddin Mohamed Ali, Ketua Rangkaian Bekalan Halal Muis.

MUIS juga sedang berhubungan dengan para pemegang sijil halal yang mengimport daging daripada TFIL untuk mendapatkan sumber-sumber halal alternatif demi memastikan bekalan makanan halal dalam negara tidak terkesan. 

"Kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas keprihatinan mereka terhadap isu ini," tambah Encik Sharifuddin.

Dalam catatannya di Facebook, MUIS sangat komited untuk mempertahankan dan melindungi integriti serta kesahihan bekalan makanan halal untuk masyarakat Muslim Singapura dan akan terus memberikan kemas kini serta nasihat kepada masyarakat berhubung aspek ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita