Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS anjur bengkel pupuk minat pelajar dalam penerbitan digital bagi tolak fahaman pelampau

Rata-rata generasi muda masa kini celik digital. Namun yang membimbangkan adalah ketika mereka tidak mampu menilai dan menapis maklumat-maklumat yang bersifat pelampau di platform-platform online.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS anjur bengkel pupuk minat pelajar dalam penerbitan digital bagi tolak fahaman pelampau

Sekumpulan pelajar menyertai peraduan penerbitan video bertujuan menolak fahaman pelampau. (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Rata-rata generasi muda masa kini celik digital. Namun yang membimbangkan adalah ketika mereka tidak mampu menilai dan menapis maklumat-maklumat yang bersifat pelampau di platform-platform online.

Awal bulan lalu, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengeluarkan satu kenyataan yang menegaskan bahawa penyebaran fahaman radikalisme melalui wadah online sebagai satu ancaman nyata bagi Singapura.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas seorang rakyat Singapura, Mohamed Faishal Mohd Razali ditahan di bawah ISA pada bulan April selepas didapati menjadi radikal melalui pengaruh online dan ingin melakukan "keganasan bersenjata di luar negara".

Pada Khamis (30 Mei) pula, MUIS menganjurkan Bengkel Celik Media Digital bagi para pelajar madrasah. Bengkel selama dua hari itu diharapkan mampu meningkatkan kesedaran para pelajar terhadap fenomena penyebaran kandungan keagamaan online yang mempunyai unsur-unsur radikal.

KEMAHIRAN PENERBITAN DIGITAL HARAP MAMPU PUPUK MINAT PELAJAR

MUIS juga mengambil selangkah ke depan dengan mengajar para pelajar madrasah cara-cara untuk menghasilkan kandungan online sendiri yang menyelitkan tema dan mesej bagi menolak fahaman pelampau dan sikap tidak bertolak ansur, khususnya dengan menekankan tentang nilai-nilai dalam identiti masyarakat Melayu/Islam Singapura.

27 pelajar peringkat menengah dan prauniversiti dari Madrasah Alsagoff, Aljunied, Al-Maarif, Al-Arabiah and Wak Tanjong menghadiri bengkel yang diadakan di Akademi MUIS itu.

Dalam bengkel tersebut, para peserta diajar kemahiran asas dalam penerbitan digital. Antaranya, mereka diajar cara untuk menyusun plot dalam kandungan yang diterbitkan. Di samping itu, mereka dididik tentang cara-cara untuk mengetengahkan perspektif baru dalam menolak fahaman salah tentang Islam.

Cik Gek Li San dari OJECTIFS Centre for Photography and Film mengongsi beberapa tips bersama para pelajar. 

Puan Faridah Ibrahim, Pustakawan Kanan (NLB) dan pegawai kempen S.U.R.E. mengongsi beberapa tips bersama para pelajar. (Gambar: MUIS)

"MUIS melihat kepentingan untuk membangun dan membina daya bingkas anak-anak muda kita dalam menghadapi landskap media sosial yang kian berubah-ubah," menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam (1 Jun).

Para pelajar juga diperkenalkan kepada portal LearnIslam.sg di mana mereka boleh berkongsi hasil penerbitan mereka untuk dijadikan sebagai rujukan agama untuk orang ramai.

PERADUAN GALAK PENYERTAAN BELIA

Bengkel tersebut dikendalikan oleh para kakitangan S.U.R.E dari Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) serta jurulatih dari OBJECTIFS Centre for Photography and Film.

Menurut MUIS, para peserta bengkel tersebut akan menyertai satu peraduan penerbitan video. Dalam peraduan itu, setiap kumpulan akan menyerahkan video online yang mempunyai naratif menarik bagi menolak senario-senario yang mengancam perpaduan sosial Singapura.

Video-video hasil para pelajar itu akan dimuat naik ke laman LearnIslam.sg. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan