MUIS akan teliti maklum balas jemaah bagi pertingkat pengurusan haji masa depan: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Pengalaman dan maklum balas yang dikongsi para jemaah haji Singapura serta keluarga mereka akan membantu memperkukuh pengurusan haji pada masa hadapan.
Demikian dikongsikan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, ketika menyambut kepulangan rombongan terakhir kira-kira 300 jemaah haji Singapura ke tanah air pada Isnin (8 Jun), bersama pihak pengurusan kanan MUIS.
Bagi tujuan itu, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Pejabat Hal Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO) akan bekerjasama dengan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Muslim Singapura (AMTAS) serta ejen pelancongan yang dilantik bagi menilai operasi musim Haji 2026 dan mendapatkan maklum balas jemaah.
"Hari ini, kita bersyukur dapat menyambut pulangnya semua jemaah haji Singapura dengan selamat. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para jemaah dan keluarga mereka atas kesabaran, doa dan sokongan yang diberi sepanjang musim Haji ini.
"InsyaAllah, pengalaman dan maklum balas yang dikongsi akan membantu memperbaiki dan memperkukuh pengurusan Haji untuk tahun-tahun akan datang," kongsi Dr Faishal.
Beliau yang juga Ketua Delegasi Singapura bagi musim Haji tahun ini, turut berkongsi pengalamannya mengikuti perjalanan para jemaah di Madinah, Makkah, Arafah dan Mina.
"Saya amat terharu melihat kesabaran, ketabahan dan semangat saling membantu yang terserlah sepanjang perjalanan ibadah mereka.
"Saya juga tersentuh melihat doa dan ucapan yang dizahirkan oleh ramai rakyat Singapura daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk jemaah Haji kita. Ia mencerminkan nilai ihsan dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang masyarakat kita," ujarnya.
DR FAISHAL BERI PENGHARGAAN KEPADA ARAB SAUDI, SPAO, GSA, MUIS
Dalam pada itu, Prof Faishal merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi serta Kementerian Haji dan Umrah atas usaha mereka menguruskan lebih 1.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia, termasuk dari Singapura.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Hal Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO), pasukan perubatan, ejen jualan am (GSA), pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) serta semua rakan kongsi yang telah bertungkus-lumus menjaga kebajikan dan kesejahteraan para jemaah sepanjang musim haji.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Hal Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO), pasukan perubatan, GSA, pegawai MUIS dan semua rakan kongsi yang telah bertungkus-lumus menjaga kebajikan dan kesejahteraan para jemaah kita sepanjang perjalanan Haji mereka. Saya pun rasa tersentuh melihat semua bekerja keras dan jaga antara satu sama lain, dan ini menunjukkan kekeluargaan, kebersamaan yang sangat mendalam", kata Dr Faishal.
MUIS dalam kenyataannya menyatakan bahawa sepanjang musim Haji 2026, SPAO bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan, pasukan perubatan dan ejen pelancongan yang dilantik bagi menyelaras sokongan serta penjagaan jemaah di Aziziyah, Madinah dan Makkah.
Kepulangan kumpulan terakhir itu sekali gus menandakan berakhirnya musim Haji 2026 bagi Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.