MUIS akan pastikan penerima zakat dapat manfaatkan rangkaian bantuan nasional: Masagos
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan terus bekerja rapat dengan kedua-dua agensi khidmat nasional dan sosial bagi memastikan penerima zakat dapat memanfaatkan rangkaian bantuan yang tersedia.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memberikan jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Anggota Parlimen GRC Aljunied, Muhamad Faisal Abdul Manap tentang sama ada terdapat rancangan untuk mengkaji semula
kriteria pendapatan kelayakan bagi skim bantuan kewangan MUIS sedang kos sara hidup meningkat.
Encik Masagos berkata, MUIS menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk zakat kepada penerima yang layak sebagai tambahan kepada sokongan utama yang disalurkan daripada usaha bantuan sosial negara seperti ComCare.
Beliau menambah, MUIS secara tetap mengkaji semula skim zakat untuk memastikan ia terus menyokong golongan berpendapatan rendah dan memerlukan di dalam masyarakat.
Encik Masagos turut menjawab pertanyaan Encik Muhamad Faisal tentang bila kali terakhir MUIS mengkaji semula kriteria pendapatan kelayakan bantuannya.
Pada 2018, MUIS menaikkan kriteria kelayakan Pendapatan Per Kapita (PCI) bagi bantuan kewangan zakat, daripada $350 kepada $400.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.