MUIS akan bekerjasama dengan pihak terlibat perbaiki urusan korban untuk elak kegenjotan: Rahayu Mahzam
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Negara, Rahayu Mahzam (berselendang biru) beramah mesra dengan para jemaah Muslimah di Masjid Assyakirin (Gambar: MUIS)
SINGAPURA: Masyarakat Melayu/Islam tempatan menunjukkan semangat perpaduan dan kesabaran meskipun berdepan beberapa cabaran dalam urusan korban tahun ini.
Menteri Negara Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital, Rahayu Mahzam berkata demikian selepas menunaikan solat Aidiladha di Masjid Assyakirin pagi tadi ((27 Mei).
Cik Rahayu berkata: "(Ada rasa kecewa) dan prihatin dalam masyarakat, terutama sekali dengan mereka yang terjejas oleh urusan korban. Kami tahu ini sesuatu yang penting untuk masyarakat kita. Kegenjotan sebegini membuat kita rasa terkesan."
Beliau berterima kasih kepada para sohibul korban, dan pihak yang terlibat kerana "sabar dan dapat mengatasi cabaran ini bersama-sama.
Cik Rahayu berkata: "Ini adalah satu cabaran yang menguji kita sebagai satu masyarakat, tetapi ia memberi kita peluang untuk menyelesaikannya dengan cara baik."
"Yang penting, masyarakat dapat bersama dan bersatu pada hari bermakna ini dalam semangat korban yang amat dialu-alukan. Saya harap ini sesuatu yang dapat kita terus perkasakan dalam masa akan datang," tambah beliau.

Cik Rahayu juga menegaskan lagi bahawa setiap pihak yang terlibat mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan khidmat korban tempatan.
Beliau berkata: " Bagi pihak masjid, tanggungjawab adalah untuk menyediakan lokasi. Urusan korban adalah urusan pengendali yang berlesen yang harus menjalankan urusan mereka, dan ini sesuatu yang harus kita perhatikan. MUIS akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk memerhatikan apa yang boleh diperbaiki dalam urusan ini dan diharapkan ia dapat dielakkan pada masa akan datang."
Pada Khamis lalu (21 Mei), MUIS mengeluarkan makluman bahawa sekitar 400 kambing di bawah kendalian syarikat The Meat Brothers mungkin tiba lewat ke Singapura.
Syarikat itu sepatutnya mengendalikan ibadah korban di empat masjid iaitu di Masjid Al-Firdaus, Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Masjid Pusara Aman dan Masjid Jamae Chulia.

Kemudian pada Sabtu (23 Mei), pihak syarikat itu memberi kemas kini bahawa kelulusan eksport daripada pihak berkuasa Australia belum lagi diluluskan.
Lantaran itu, kambing-kambing korban tidak dapat dibawa masuk ke Singapura untuk ibadah korban pada Rabu (27 Mei).

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.