Skip to main content

Singapura

MUIS akan bekerjasama dengan COFA, laksana usaha perkaya asatizah, kata Masagos

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memberi jaminan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan terus bekerjasama dengan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA) dan sektor asatizah untuk melaksanakan usaha memperkaya para asatizah di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS akan bekerjasama dengan COFA, laksana usaha perkaya asatizah, kata Masagos

Gambar fail Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli.

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli memberi jaminan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan terus bekerjasama dengan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA) dan sektor asatizah untuk melaksanakan usaha memperkaya para asatizah di negara ini.

Encik Masagos, yang juga merupakan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, turut akur bahawa tidak adil untuk menghendaki golongan asatizah membimbing masyarakat dalam pelbagai urusan, termasuk soal aqidah, tanpa menyediakan prasarana dan sekitaran perlu bagi melengkapi mereka dengan keupayaan itu.

Pengerusi COFA Dr Mohd Maliki Osman hari ini (24 Feb) membentangkan beberapa saranan oleh jawatankuasanya untuk memperkukuhkan lagi institusi-institusi agama dan memupuk para lulusan menjadi asatizah dengan keupayaan profesional.

Antara saranan yang dibentangkan termasuk penubuhan pejabat perhubungan untuk mempermudah golongan asatizah meneroka peluang laluan kerjaya dan pembangunan profesional - baik dalam sektor keagamaan mahupun yang lainnya.

"Saya berbangga dapat menerima saranan-saranan ini bagi pihak Pemerintah, dan mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa dan kumpulan-kumpulan kerja atas komitmen dan usaha mereka," kata Encik Masagos menerusi catatan Facebooknya. 

"MUIS akan terus bekerjasama dengan COFA dan sektor asatizah untuk melaksanakan saranan-saranan ini, supaya para asatizah kita boleh terus memainkan peranan penting sebagai pemimpin, golongan profesional dan peran contoh bagi masyarakat Islam dalam landskap berbilang budaya dan kontemporari ini," tambah beliau lagi.

Saranan-saranan dikemukakan COFA selepas mendampingi lebih 1,900 pihak berkepentingan, termasuk para sarjana dan pendidik agama. Usaha itu bermatlamat memperkukuh pembangunan tenaga kerja asatizah di Singapura. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita