Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS agih zakat tambahan S$2.26 juta kepada 7,200 keluarga memerlukan Ramadan ini

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Apr 2022 04:05PM Dikemas Kini : 27 Apr 2022 11:47PM

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengagihkan zakat tambahan berjumlah S$2.26 juta kepada 7,200penerima di bawah kategori isi rumah miskin dan memerlukan di negara ini.

Zakat tambahan itu adalah sebahagian daripada agihan Ramadan tahun ini, kata MUIS pada Rabu (27 Apr)dan tambahan kepada bantuan zakat bulanan mereka.

Penerima akan medapat wang tunai antara S$150 dengan S$1,000 bergantung pada saiz isi rumah mereka.

Penerima yang layak sudah dimaklumkan melalui surat dan akan menerima agihan itu dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang.

“Pengagihan itu adalah peruntukan bagi golongan miskin dan memerlukan di sini yang merupakan penerima bantuan kewangan zakat bulanan yang sedia ada, dan diberi pada bulan Ramadan untuk berkongsi kemeriahan musim perayaan ini,” kata MUIS.

Agihan itu juga akan diperluaskan kepada penerima Bantuan Jangka Panjang ComCare terpilih -termasuk anggota keluarga mereka dan isi rumah terpilih yang dirujuk Pusat Khidmat Keluarga, serta kanak-kanak dan penghuni warga emas di rumah kebajikan terpilih.

MUIS juga akan menyampaikan hamper barangan kepada lebih 250 penerima Bantuan Jangka Panjang ComCare dan penghuni di lebih 40 rumah dan institusi kebajikan, serta juadah berbuka puasa ke rumah kebajikan terpilih.

“Agihan tambahan ini, penghantaran makanan dan hamper hanya boleh dilakukan berkat sokongan padu daripada masyarakat Islam yang banyak menyumbang melalui kutipan zakat tahunan,” kata MUIS.

"Kami menghargai sokongan padu dan sumbangan masyarakat terhadap zakat, dalam usaha bersama kita untuk terus memartabatkan masyarakat Islam."

Sumber : CNA/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan