Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MUIS agih S$3.7 juta kepada lebih 6,000 keluarga berpendapatan rendah; kriteria kelayakan PCI dinaikkan

Anggaran Waktu Membaca:
MUIS agih S$3.7 juta kepada lebih 6,000 keluarga berpendapatan rendah; kriteria kelayakan PCI dinaikkan

Gambar: Majlis Ugama Islam Singapura

SINGAPURA: Lebih 6,000 keluarga berpendapatan rendah akan mendapat agihan wang zakat bernilai S$3.7 juta, di bawah program Agihan Hujung Tahun (YED) Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Agihan tersebut adalah tambahan kepada bantuan kewangan bulanan yang diterima para penerima zakat MUIS.

Pakej YED juga memperuntukkan bantuan pengajian (reqab) berjumlah kira-kira $620,000 untuk keluarga yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah.

Jumlah itu lebih tinggi daripada S$560,000 yang diberikan pada tahun lalu.

Menurut MUIS, kira-kira 8,800 kanak-kanak sekolah akan meraih manfaat daripada peruntukan itu yang bertujuan untuk meringankan perbelanjaan pendidikan dan pembangunan mereka.

Sebagai contoh, sebuah keluarga dengan empat anak yang masih bersekolah, boleh menerima sehingga S$910 dalam bentuk YED dan Reqab, antara pertengahan hingga penghujung Disember 2023.

Penerima zakat yang layak akan dimaklumkan pihak melalui pos dalam masa seminggu hingga dua minggu akan datang.

KRITERIA KELAYAKAN PCI DINAIKKAN; MANFAAT 1,200 ISI RUMAH

Di samping itu, MUIS akan meningkatkan sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah melalui semakan kepada bantuan zakat.

Ia akan menaikkan kriteria kelayakan Pendapatan Per Kapita Isi Rumah (PCI) bagi bantuan zakat, daripada S$400 kepada S$500.

Dengan kenaikan kriteria kelayakan itu, bantuan zakat diunjurkan akan menjangkau lebih 1,200 isi rumah baharu.

Menurut MUIS, peningkatan itu adalah sebahagian daripada kitaran semakan dasar bantuan kewangan zakat, yang melibatkan penilaian berkala ke atas skim bantuannya.

Kajian semula itu menganalisis corak pendapatan dan penanda kos sara hidup untuk memastikan keperluan penerima masih dipenuhi.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan