MUIS agih S$3.7 juta kepada 6,600 keluarga bergaji rendah
BERITAmediacorp: 6,600 keluarga berpendapatan rendah akan mendapat agihan wang zakat bernilai $3.7 juta, di bawah program Agihan Hujung Tahun (YED) Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Agihan tersebut dalah tambahan kepada bantuan kewangan bulanan yang diterima para penerima zakat MUIS dan termasuk bantuan Reqab berjumlah $560,000 bagi keluarga dengan anak berusia 18 tahun dan ke bawah.
Menurut MUIS, sekitar 7,700 anak sekolah akan mendapat manfaat daripada bantuan itu yang bertujuan melegakan perbelanjaan pendidikan dan pembangunan mereka.
Sebagai contoh, sebuah keluarga dengan tiga anak yang masih bersekolah berusia antara 5 hingga 12 tahun, boleh menerima sehingga $630 dalam bentuk YED dan Reqab, antara Disember hingga pertengahan Januari 2023.
Para penerima yang layak akan dimaklumkan pihak MUIS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.