Skip to main content

Singapura

Muis agih jumlah zakat tertinggi S$3.5j kepada hampir 8,000 keluarga bergaji rendah

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengagihkan jumlah zakat tertinggi sebanyak S$3.5 juta menerusi program hujung tahunnya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Dec 2021 08:08PM Dikemas Kini : 22 Dec 2021 11:46PM

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengagihkan jumlah zakat tertinggi sebanyak S$3.5 juta menerusi program hujung tahunnya.

Jumlah tersebut adalah peningkatan 18 peratus berbanding tahun lalu.

Demikian menurut Muis dalam kenyataan medianya hari ini (22 Dis).

Menurut Muis, kenaikan itu dapat dicapai hasil sokongan teguh dari masyarakat menerusi sumbangan zakat.

Seramai 7,862 anggota isi rumah berpendapatan rendah akan meraih manfaat daripada agihan itu.

Ia termasuk bantuan Reqab berjumlah S$718,560 bagi keluarga uang mempunyai anak berusia 18 tahun dan ke bawah.

Skim itu bertujuan membantu penerima zakat Muis menampung perbelanjaan hujung tahun mereka seperti bil tertunggak dan yuran pendidikan bagi keluarga dengan anak yang masih bersekolah.

Menerusi agihan program hujung tahun itu, sekitar 9,700 kanak-kanak bersekolah - iaitu kenaikan 16 peratus berbanding 2020 - berpeluang meraih manfaat daripada bantuan itu.

Setiap bulan, Muis mengagihkan sekitar S$1.3 juta kepada 5,000 isi rumah berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan kewangan.

Para penerima zakat yang layak akan dimaklumkan menerusi kiriman surat dan boleh menjangkakan untuk menerima agihan tersebut antara akhir Disember 2021 hingga pertengahan Januari 2022.

Sumber : BERITA Mediacorp/EM/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita