MUIS agih dana wakaf lebih S$4.1 juta tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: MUIS
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan mengagihkan sekitar S$4.1 juta dana wakaf pada tahun ini.
Jumlah itu membentuk peningkatan sebanyak 3 peratus berbanding tahun lalu.
Demikian didedahkan MUIS dalam kenyataan medianya hari ini (15 Jun).
Dalam ucapannya di majlis pengagihan dana wakaf semalam (14 Jun), Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Kadir Maideen berkata pendapatan lebih tinggi yang diraih pada tahun lalu adalah hasil langkah-langkah proaktif anak syarikat MUIS, Warees Investments.
"Warees Investments, yang menguruskan wakaf secara profesional memastikan asset wakaf kekal bersaing di pasaran, di samping mengimbangi aspek kemasyarakatan dan warisan wakaf, " kata Encik Kadir.
Bagi menyalurkan lebih banyak sokongan kepada badan-badan Islam setempat, MUIS akan mempertingkatkan jumlah agihan hasil wakaf kepada badan-badan kebajikan Islam sebanyak 40 peratus – dari S$286,000 kepada S$403,000.
Agihan yang lebih besar itu berupaya membantu pertubuhan-pertubuhan berkenaan menjalankan program-program kemasyarakatan masing-masing dengan lebih baik lagi.
Selain itu, MUIS juga akan mengagihkan sekitar S$1.2 juta kepada 21 masjid.

Ia akan membantu menampung sebahagian dana yang diperlukan bagi projek-projek naik taraf, program untuk jemaah dan operasi seharian.
Sementara itu, kesemua enam madrasah sepenuh masa dan madrasah-madrasah sambilan juga akan menerima lebih S$480,000.
Suntikan dana itu diharap akan mempertingkatkan lagi usaha untuk melahirkan lebih ramai pemimpin agama pada masa akan datang, di samping mempertingkatkan prasarana masing-masing.
Encik Kadir turut berkongsi bahawa hasil beberapa wakaf telah diketepikan bagi menyediakan khidmat pengebumian secara percuma kepada golongan fakir dan miskin, seiring dengan matlamat para wakif.
Lebih S$100,000 telah diketepikan bagi memenuhi tujuan itu.
Perbelanjaan pengebumian telah meningkat sejak kebelakangan ini, terutama semasa pandemik, ekoran faktor-faktor seperti kekurangan tenaga manusia dan tekanan inflasi.
MUIS turut berharap agar sokongan kewangan daripada wakaf dapat membantu menangani sebahagian cabaran yang dihadapi anggota keluarga yang bersedih setelah pemergian orang-orang tersayang," kata Encik Kadir.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.