Skip to main content

Singapura

MUIS agih $2.2 juta bantuan kos sara hidup kepada lebih 5,600 isi rumah penerima zakat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Sep 2026 07:54PM Dikemas Kini : 05 Nov 2026 09:11PM
MUIS distributes $2.2 million in cost-of-living aid to over 5,600 zakat recipient households
  • MUIS distributed S$2.2 million to more than 5,600 zakat recipient families in Singapore through a one-off Cost-of-Living Support payment to ease their daily expenses amid rising living costs.
  • Each family received at least S$120, with higher amounts given according to per capita income and need; the funds came from zakat contributions by the Muslim community.
  • The special assistance complements MUIS’ monthly Zakat Financial Assistance and the Government’s cost-of-living support, while Zaqy Mohamad stressed the importance of helping one another as the community faces hardship.
  • In 2025, MUIS also distributed S$74.7 million to eligible recipients across all eight asnaf, reflecting zakat’s role in supporting those in need.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengagihkan S$2.2 juta kepada lebih 5,600 keluarga penerima zakat yang layak bagi membantu mereka menangani perbelanjaan harian di tengah-tengah kos sara hidup yang meningkat.

Di bawah bantuan khas sekali sahaja yang dinamakan Sokongan Kos Sara Hidup, setiap keluarga menerima sekurang-kurangnya S$120 manakala jumlah lebih tinggi diberikan kepada keluarga yang mempunyai keperluan lebih besar berdasarkan pendapatan per kapita (PCI) masing-masing.

Menurut MUIS, bantuan tersebut dibiayai menerusi sumbangan zakat masyarakat Islam dan melengkapi Bantuan Kewangan Zakat bulanan MUIS.

Ia juga melengkapi langkah sokongan kos sara hidup yang lebih luas yang disediakan Pemerintah.

Dalam video yang dimuatnaik ke media sosial, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy Mohamad berkata bantuan tersebut dapat disalurkan hasil sumbangan zakat masyarakat, yang membantu golongan memerlukan mengurus perbelanjaan harian.

"Melalui sumbangan zakat, kita membantu mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan adalah satu amanah untuk disalurkan dengan baik kepada mereka yang memerlukan sokongan."

"Apabila kita mampu, kita memberi. Jika ada yang memerlukan bantuan, kita saling membantu. Inilah masyarakat yang ingin kita kukuhkan bersama," katanya.

Beliau menambah, semangat saling mengambil berat amat penting terutama ketika masyarakat berdepan kesukaran.

"Terima kasih kepada semua yang memainkan peranan atas keprihatinan, kemurahan hati dan kepercayaan anda. Semoga semangat ihsan dan amanah ini terus kita kukuhkan bersama," kata Encik Zaqy.

Pada tahun 2025, MUIS telah mengagihkan dana Zakat berjumlah $74.7 juta kepada penerima yang layak merangkumi kesemua lapan asnaf.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita