Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muhammadiyah hulur bantuan kepada 700 keluarga penerima zakat

Anggaran Waktu Membaca:
Muhammadiyah hulur bantuan kepada 700 keluarga penerima zakat

Gambar: Persatuan Muhammadiyah

Diterbitkan : 02 Apr 2022 11:44PM Dikemas Kini : 02 Apr 2022 11:44PM

SINGAPURA: Sebanyak 700 keluarga menerima hamper makanan dan baucar makanan daripada Persatuan Muhammadiyah (MA) hari ini (2 April).

Mereka merupakan para penerima zakat badan itu yang kebanyakannya terjejas oleh pandemik atau terhimpit kedudukan kewangan mereka.

Bagi menjayakan acara pengagihan menjelang bulan Ramadan, lebih 100 kakitangan dan anggota Muhammadiyah serta sukarelawannya terlibat dalam pembungkusan dan penghantaran hamper-hamper itu.

Gambar: Persatuan Muhammadiyah

Setiap hamper makanan mengandungi barangan makanan yang sihat selain beras, minyak masak dan kurma Ajwa yang ditaja oleh kempen 'Dadah Itu Haram' (DIH).

Persatuan Muhammadiyah sekali lagi bekerjasama dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi menyokong kempen DIH.

Bagi menyebar luas mesej anti-dadah itu, para penerima bantuan juga menerima risalah-risalah yang padat dengan maklumat dan bahaya dadah.

Gambar: Persatuan Muhammadiyah


"Saya amat berbesar hati dengan sokongan kuat Persatuan Muhammadiyah dan para penaja mereka. Dengan rakan kerja seperti Muhammadiyah, kami boleh berusaha mencapai masyarakat bebas dadah dan saya mengalu-alukan lebih banyak rakan kerja untuk menyertai usaha kami dalam membasmi salah guna dadah," kata Menteri Negara Ehwal dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Acara hari ini turut disokong syarikat tempatan Bitsmedia Pte Ltd yang mengeluarkan aplikasi gaya hidup Muslim popular iaitu Muslim Pro.

"Sebagai pengeluar aplikasi gaya hidup Muslim global yang bertapak di sini di Singapura, kami percaya dalam menyumbang semula kepada masyarakat Muslim kita sendiri di sini. Kami mahu memainkan peranan yang ketara dalam meningkatkan kehidupan masyarakat ini," jelas CEO bersama Bitsmedia Pte Ltd, Nik Emir Din.

Gambar: Persatuan Muhammadiyah

Selain sumbangan sebanyak $20,000 daripada Bitsmedia Pte Ltd, kumpulan penggemar motosikal tempatan, Singapore Bikerz inClub juga menyumbang $10,000 menerusi satu usaha pengumpulan derma.

Melihat sokongan padu yang diterima Persatuan Muhammadiyah, badan itu turut berbesar hati.

Gambar: Persatuan Muhammadiyah

"Ia amat menggalakkan untuk melihat lebih banyak syarikat dan pertubuhan tampil ke hadapan untuk membantu dan menyokong usaha kami," kata Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Roszanah Abdul Salim.

Food Bank Singapore juga menyumbang paket-paket beras dan kelengkapan dandanan diri bagi projek tersebut.

Gambar: Persatuan Muhammadiyah
Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa