Skip to main content

Singapura

Muhammadiyah, Hezom Xpress agih 2,000 beriani percuma bagi keluarga memerlukan

Bukan sedikit. Sebanyak 2,000 beriani percuma petang tadi datang mengetuk pintu rumah 450 keluarga memerlukan di merata Singapura - tidak kira kaum dan agama.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bukan sedikit. Sebanyak 2,000 beriani percuma petang tadi datang mengetuk pintu rumah 450 keluarga memerlukan di merata Singapura - tidak kira kaum dan agama.

Pengagihan besar itu memerlukan lebih 80 sukarelawan untuk turun padang membantu melakukan pengagihannya dengan kenderaan mereka sendiri!

Inisiatif ini sebenarnya sebahagian projek amal kendalian Persatuan Muhammadiyah dipanggil 'Kongsi Beriani'.

Antara sukarelawan yang membantu mengagihkan Nasi Beriani. (Gambar: Persatuan Muhammadiyah) 

Antara sukarelawan yang membantu mengagihkan Nasi Beriani. (Gambar: Persatuan Muhammadiyah) 

2,000 set beriani ditaja sepenuhnya oleh syarikat Hezom Xpress Pte Ltd yang mengikrarkan satu set beriani bagi setiap S$12 sumbangan ikhlas orang ramai kepada Persatuan Muhammadiyah.

"Kami percaya dengan kerjasama antara kita dengan banyak pertubuhan lain, kita dapat membantu lebih dari segi menghulurkan bantuan kepada mereka dalam masyarakat, pada masa-masa sukar ini," kata Cik Asnita Ahmad, Pengurus Hezom Xpress.

Secara keseluruhan, projek amal itu berjaya mengumpul S$24,000. Sebahagian jumlah tersebut akan digunakan sebagai subsidi yuran sekolah murid-murid tadika kurang berkemampuan Muhammadiyah.

Ini di samping menyokong Projek Infaq Ilmu yang sedang diusahakan persatuan itu.

"Sambutan dari masyarakat awam amat menggalakkan untuk membantu Persatuan Muhammadiyah mengumpul dana bagi Projek Infaq Ilmu. Mereka peka akan pentingnya pendidikan serta keperluan institusi pendidikan untuk terus memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat," ulas Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman.

Sukarelawan Projek 'Kongsi Beriani'. 

Projek Infaq Ilmu kendalian Muhammadiyah bertujuan menyokong dengan lebih baik usaha dakwah mengajak masyarakat terus bersikap progresif.

Minggu depan pula, Muhammadiyah akan mengagihkan 2,000 set Nasi Ayam di Bukit Batok - hasil kerjasamanya dengan Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang MHCC, Persatuan Rakyat dan SMC Bukit Batok.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita