Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Muhammadiyah agih bantuan S$150,000 kepada 700 keluarga susah buat persiapan Hari Raya

Persatuan Muhammadiyah mengagihkan lebih banyak bantuan tahun ini mencecah S$150,000. Sebanyak 700 keluarga menerima habuan wang zakat dan hamper makanan bernilai S$115,000 dalam agihan kedua diadakan sempena Ramadan pada Sabtu (1 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persatuan Muhammadiyah mengagihkan lebih banyak bantuan tahun ini mencecah S$150,000.

Sebanyak 700 keluarga menerima habuan wang zakat dan hamper makanan bernilai S$115,000 dalam agihan kedua diadakan sempena Ramadan pada Sabtu (1 Mei).

Jumlah penerima meningkat dari 500 keluarga tahun lalu dengan nilai bantuan bertambah hampir seganda berbanding tahun 2020.

Sekitar 40 sukarelawan menggembleng tenaga membungkus 700 hamper yang diisi dengan kuih raya berwarna warni dan makanan kering.

Dengan jumlah penerima bantuan yang meningkat tahun ini, satu lagi agihan zakat telah diadakan dua hari sebelum Ramadan (10 Apr).

Sejak pandemik COVID-19 melanda, dengan jumlah penerima bantuannya meningkat, Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, berharap dapat terus menerima sumbangan dan sokongan masyarakat.

400 KELUARGA AMBIL HABUAN SENDIRI, 300 LAGI MENDAPAT PENGHANTARAN KE RUMAH

Antara golongan yang dibantu adalah mereka yang dibuang kerja akibat penyakit, ibu tunggal, warga emas atau yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Bantuan yang diterima membantu kos perbelanjaan ibu tunggal ini yang tidak dapat bekerja atas sebab-sebab kesihatan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Muhammadiyah kerana membantu. Saya pun sudah satu tahun tak kerja jadi ia dapat meringankan sedikit perbelanjaan makanan untuk berbuka dan menyambut Hari Raya kelak, Insya-Allah," kata Cik Rahmah yang mempunyai seorang anak yang masih menjalani perkhidmatan negara.

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan