Muhammad Saddrudin, Aliah Husna juara Tilawah MTTTQ 2026
Anugerah baharu tersebut bagi mengiktiraf peserta yang muncul juara kategori Tilawah sebanyak tiga kali berturut-turut. (Gambar: Hidir Ezat)
Mereka meraih gelaran itu dalam edisi ke-58 Majlis Tilawah, Tahfiz dan Tadabbur Al-Quran (MTTTQ), iaitu pertandingan Tilawah dan Tahfiz Al-Quran peringkat kebangsaan di Singapura.
Kemenangan tersebut membuka jalan bagi kedua-duanya untuk mewakili Singapura dalam pertandingan Al-Quran di peringkat antarabangsa pada tahun hadapan.
"Setiap kali masuk final, naik juara dua kali pada 2023 dan 2025 dan tahun ini Alhamdulillah, Allah memberi rezeki untuk saya dinobatkan sebagai juara," katanya.
Sebagai persiapan bagi pertandingan tahun ini, Encik Saddrudin menemui beberapa mentor di Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain di Malaysia untuk menjalani sesi talaqqi, bacaan Al-Quran dan latihan.
Beliau merancang untuk mempergiat latihan sebagai persiapan menghadapi saingan di persada antarabangsa, yang dijangka lebih sengit dengan setiap qari mempunyai kelebihan masing-masing.
"Pada saya, kita perlu lihat pada kelebihan diri kita dan tengok apa yang kita boleh buat, kita tonjolkan. Kalau tak boleh, kita tak boleh. Tapi buat mana yang terbaik, insya-Allah," katanya.
CIRI BAHARU MTTTQ
MTTTQ tahun ini memperkenalkan kem latihan atau 'bootcamp' bagi peserta Tilawah kategori kanak-kanak dan belia sebagai persiapan menghadapi pertandingan.
Menurut Pengerusi Bersama QuranSG, Ustaz Rashid Ramli, langkah itu bertujuan membantu peserta meningkatkan keyakinan diri.
Bagi kategori kanak-kanak khususnya, peserta diminta menghantar rakaman bacaan terlebih dahulu bagi membolehkan penilaian awal dilakukan sebelum pertandingan.
Selain itu, penganjur memperkenalkan program bual bicara Tadabbur bagi menggalak masyarakat memahami dan menghayati mesej di sebalik ayat-ayat Al-Quran serta menerapkannya dalam kehidupan seharian.
Sebuah panduan ringkas dwibahasa dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris disediakan, yang menggariskan lima langkah untuk melakukan tadabbur. Panduan itu juga boleh didapati dalam bentuk e-buku.
Usaha ini sejajar dengan tumpuan QuranSG terhadap Tadabbur pada 2026 menerusi pelbagai program dan sumber bagi membantu masyarakat menerapkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Mereka yang berminat boleh memuat turun panduan taddabur tersebut di lelaman go.gov.sg/tadabburpb26.
Senarai penuh pemenang MTTTQ 2026:
Kategori A (Juz 30 + Surah Yaasin dan Al-Mulk)
- Muhammad Nur Akasyah Mohammad Fadly (Qari)
- Zaeynab Sheikh Muhammad Sirajudeen (Qariah)
Kategori B (3 Juz)
- Muhmmad Ilyaas Zaini (Qari)
- Khadeejah Munawwarah Hanzalah (Qariah)
Kategori C (5 Juz)
- Muhammad Irham Suhaimi (Qari)
Kategori D (10 Juz)
- Zaid Mohamed Abdul Rahim
Kategori E (15 Juz)
- Badhrunnisa-e Habibullah
Kategori F (30 Juz)
- Sumaiya Mohamed Faiz Maricar
Kategori kanak-kanak (Tilawah)
- Maher El-Furqan Mohd Syafiq (Qari)
- Husna Nabilah Abdul Hadi (Qariah)
Kategori belia (Tilawah)
- Muhammad Uwais Qarni Hezrul Iskandar (Qari)
- Hurin Aairah Abdul Hadi (Qariah)
Kategori dewasa (Tilawah)
- Muhammad Saddrudin Syahmi Shamsudin (Qari)
- Aliah Husna Khamsani (Qariah)
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.