Muhammad Nabawi Mokhtar tewaskan Cef Zam, dinobat juara Raja Kulinari musim Ke-2!
Encik Muhammad Nabawi Mokhtar, peniaga dari rumah (HBB), dinobatkan sebagai juara Raja Kulinari musim kedua.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Encik Muhammad Nabawi Mokhtar, peniaga dari rumah (HBB), dinobatkan sebagai juara Raja Kulinari musim kedua.
Ini selepas beliau menewaskan pengadil jemputan, Cef Zamzani Abdul Wahab (Cef Zam) dari Malaysia, dalam saingan yang penuh sengit.
Kejayaan itu juga lebih bermakna kerana beliau pernah ditewaskan oleh Cef Zam dalam pertandingan sebelumnya.
"Saya rasa amat lega dan bangga. Tidak sangka saya dapat dinobatkan sebagai juara Raja Kulinari untuk musim kedua ini. Peluang yang diberikan untuk masuk dalam pertandingan ini adalah amat berharga untuk saya," kata Encik Nabawi, 31 tahun.

Sepanjang 10 episod Raja Kulinari, Encik Muhammad Nabawi menjadi satu-satunya peserta yang bertanding di gelanggang dapur sebanyak lima kali.
Peluang tersebut dimanfaatkannya sepenuhnya.
Dengan ketenangan dan fokus, beliau berjaya menghasilkan dua hidangan kreatif untuk pusingan akhir, menjadikan udang sebagai bahan asas utama.
Hidangan Tofu Sumbat Udang dan Lemak Cili Api Udang Salai, yang disiapkan dalam masa hanya 45 minit, berjaya memikat hati para pengadil dan mengesahkan kemenangannya.
"Cabaran utama adalah tentunya masa yang diberikan dalam pertandingan ini. Jadi banyak komponen-komponen dalam masakan yang kita harus perhatikan. Terutama sekali dengan masa yang suntuk," tambahnya, yang juga seorang Penasihat Kewangan.

Selain dinobatkan sebagai juara musim kedua, Encik Muhammad Nabawi membawa pulang hadiah wang tunai S$5,000 serta baucar peralatan memasak Shark Ninja bernilai S$2,000.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu turut menyatakan hasrat untuk mendalami bidang masakan dengan lebih serius dan bercita-cita memperluaskan perniagaannya.
"Kalau ada rezeki, mungkin saya boleh mula membina jenama peribadi dan sambung perniagaan dari rumah saya di Kenduri.SG," jelas Encik Nabawi.
Meskipun tewas di tangan peserta, Cef Zam, yang merupakan salah satu pembaharuan dalam musim kali ini, tetap komited untuk menyokong perkembangan kerjaya Encik Muhammad Nabawi.
"Kalau boleh bila saya datang lagi nanti ke Singapura, insya-Allah boleh makan di restoran dia? Sekarang dia buat HBB sikit-sikit sudah masak selalu tetapi saya rasa bakat dia perlu diperluaskan lagi supaya lebih ramai orang boleh menikmati apa yang beliau hasilkan, insya-Allah," kata Cef Zam.

Sebagai Cef Serantau Undangan, beliau turut memuji kehebatan para peserta yang telah ditonjolkan sejak episod pertama.
"Prestasi daripada peserta-peserta dari bermula dengan minggu pertama hingga minggu ke-10, kita boleh tengok kepelbagaian dari segi kemahiran serta tahap kemahiran dan keyakinan diri, dan idea-idea yang dikeluarkan juga," ujarnya.
Anda boleh menonton kesemua 10 episod 'Raja Kulinari musim kedua di mewatch dan saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.