Muhammad Furqan jatuh di kawasan laut paling bergelora di AS, kata Pengawal Pantai AS
Anggaran Waktu Membaca:
AMERIKA SYARIKAT: Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, perairan di mana seorang rakyat Singapura jatuh ke dalam laut Selasa (20 Jun) lalu adalah kawasan lautan paling bergelora di negara itu.
Muhammad Furqan Mohamed Rashid, 25 tahun, jatuh ke dalam laut semasa beliau berjalan di dek utama kapal, untuk bersenam.
Beliau sedang menghadiri satu kursus di Amerika Syarikat untuk menjadi seorang pegawai dek.

Menjawab pertanyaan MediaCorp, Pengawal Pantai Amerika mengatakan, faktor geografi,
angin kencang yang tidak dapat diramalkan, dan ribut sekali-sekala menyebabkan laut bergelora di Point Conception.
Ia menambah suhu air adalah sekitar 13 darjah Celsius pada hari Encik Furqan jatuh ke laut, masalah yang sangat sukar bagi mana-mana perenang.
Pengawal Pantai Amerika berkata helikopter dan kapal menjalankan gerakan mencari meliputi kawasan seluas 200 batu nautika persegi secara menyeluruh selama lebih 15 jam.
Meskipun gerakan mencari sudah digantung, pihak berkuasa akan bertindak segera apabila ada maklumat baru untuk mencari Encik Furqan.

Sumber : CNA/MM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.