Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mufti umumkan Muslim S'pura mula berpuasa Selasa 13 Apr

Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir mengesahkan bahawa masyarakat Islam di Singapura akan mula berpuasa esok (13 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti umumkan Muslim S'pura mula berpuasa Selasa 13 Apr

Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir. (Gambar: Petikan dari video)

Diterbitkan : 12 Apr 2021 07:54PM Dikemas Kini : 12 Apr 2021 08:06PM

SINGAPURA: Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir mengesahkan bahawa masyarakat Islam di Singapura akan mula berpuasa esok (13 Apr).

Berikut adalah pengumuman awal Ramadan oleh Ustaz Dr Nazirudin dan perutusan ringkas beliau sempena bulan puasa ini:

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah anak bulan berada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi selama 16 minit.

Suka saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan tahun 1442 Hijrah jatuh pada esok, hari Selasa bersamaan 13 April 2021.

Izinkan saya mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan mulia Ramadan.

Marilah kita menerima kedatangan tetamu Allah (s.w.t) ini dengan hati yang suci dan niat yang murni.

Mencari kebaikan buat diri, keluarga dan masyarakat.

Bersama kita meraih keberkatan Ramadan.

Semoga Allah (s.w.t) membantu kita mengatasi segala cabaran dan menjadikan kita manusia dan masyarakat yang lebih bertaqwa.

Sekian.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan