Mufti sertai 250 siswa Muslim setempat dalam majlis iftar di NUS
Selain para siswa NUS, sekitar 30 siswa daripada universiti setempat yang lain turut luangkan masa untuk berbuka puasa bersama sempena acara 'Iftarawih' anjuran NUSMS

Mufti Dr Nazirudin bersama 250 siswa di majlis iftar di NUS. (Gambar: NUSMS)
Tahun ini, Persatuan Muslim Universiti Nasional Singapura (NUSMS) dapat meneruskan tradisi itu pada skala yang lebih besar.
Acara 'Iftarawih' yang diadakan pada Rabu malam (29 Mac) itu dihadiri sekitar 250 penuntut dan para jemputan.

Mahasiswi tahun kedua NUS itu juga terharu melihat acara itu terima sambutan orang ramai termasuk penuntut Muslim antarabangsa di universiti itu.
Dalam masa tiga hari sahaja pendaftaran dibuka, kesemua 250 tempat sudah terisi.
"Dikelilingi oleh ramai orang membuatkan saya benar-benar merasakan keindahan dan nikmat Ramadan, sesuatu yang saya rasa hilang semasa pandemik sebelum ini," tambah beliau.

Dalam sesi perkongsian sebelum iftar, Dr Nazirudin mengingatkan para hadirin tentang pentingnya keyakinan yang berasaskan pengetahuan dan keimanan untuk mengharungi cabaran moden hari ini.
Para hadirin juga dijamu dengan juadah istimewa seperti Nasi Mandi, teh tarik dan pelbagai pencuci mulut sebelum mereka menunaikan solat tarawih bersama-sama.

"Penting bagi kita merapatkan silaturahim antara rakan daripada masyarakat Islam menara gading yang lain supaya menjadi tiang sokongan satu sama lain dalam perjalanan memimpin masyarakat Islam di institusi kita masing-masing" kata mahasiswa tahun pertama di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Mohamed Ammar Mohamed Yusri.
Bas-bas sewa ke kawasan Woodlands, Sengkang atau Tampines juga disediakan untuk memudahkan para hadirin pulang ke rumah selepas acara itu berakhir pada jam 9.30 malam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.