Mufti Negara utus surat penghargaan kepada PM Lee
Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir mengutus sepucuk surat kepada Encik Lee Hsien Loong hari ini (15 Mei) bagi pihak masyarakat Islam tempatan sebagai melahirkan penghargaan kepada kepercayaan dan keyakinan beliau terhadap umat Islam di Singapura.

Mufti Negara, Ustaz Dr Nazirudin Nasir. (Gambar: Ummu Rabbisyfina/BERITAmediacorp)
Mendedahkan demikian menerusi Instagram, Dr Nazirudin berkata keyakinan dan kepercayaan PM Lee itu membolehkan kita menjalani kehidupan beragama yang memperkaya fabrik sosial Singapura dan menyumbang kepada perpaduan sosial.
Dr Nazirudin mengucapkan selamat maju jaya kepada PM Lee dalam peranan baharu beliau pada masa hadapan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.