Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mufti Negara sampaikan pesanan khas selepas azan subuh; Masagos berharap umat Islam S'pura terus beri sokongan padu

Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir berpesan kepada umat Islam Singapura supaya menunaikan solat di rumah sendiri atau di mana-mana sahaja sedang masjid di seluruh Singapura ditutup berikutan penularan virus korona COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Negara sampaikan pesanan khas selepas azan subuh; Masagos berharap umat Islam S'pura terus beri sokongan padu

Solat Jumaat di Masjid Darul Ghufran pada 22 Mac 2019. (Gambar hiasan: MUIS/Facebook)

Diterbitkan : 17 Mar 2020 01:58PM Dikemas Kini : 17 Mar 2020 02:04PM

SINGAPURA: Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir berpesan kepada umat Islam Singapura supaya menunaikan solat di rumah sendiri atau di mana-mana sahaja sedang masjid di seluruh Singapura ditutup berikutan penularan virus korona COVID-19.

Pesanan tersebut disampaikan sejurus selepas azan solat Subuh berkumandang di stesen radio WARNA 942FM pagi tadi (17 Mac).

"Setiap kita bertanggungjawab untuk mengelakkan kemudaratan dan memelihara keselamatan buat semua," tegas Dr Nazirudin.

"Saya berpesan agar anda terus mengukuhkan ketakwaan, memperbanyakkan doa dan mematuhi semua langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Kementerian Kesihatan (MOH)," ungkap beliau lanjut.

Dengan mengongsikan petikan video azan tersebut di akaun Facebooknya, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas kerjasama mereka dalam mematuhi langkah berjaga-jaga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Walaupun penutupan masjid terpaksa diteruskan dan kita perlu membuat menyesuaian, inilah tanggungjawab kita sebagai Muslim untuk menjaga diri kita serta mereka di sekeliling kita dari terkena COVID-19," Encik Masagos menekankan demikian dalam catatan Facebooknya hari ini.

Lantaran itu, beliau berharap masyarakat akan terus memberikan sokongan padu demi keselamatan dan kemaslahatan semua orang di Singapura.

"Saya berharap masyarakat kita akan terus membantu satu sama lain dalam hal ini dan sama-sama, kita akan bangkit dengan lebih teguh," tulis beliau lanjut.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan