Mufti Negara dan Ketua Rabai Yahudi SG berbalas surat; hargai kefahaman & perpaduan masyarakat di tengah konflik Israel-Hamas
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: MAHMUD HAMS / AFP
SINGAPURA: Usaha untuk mengetengahkan model kehidupan bersama yang muhibah dan aman damai di mana setiap masyarakat di Singapura boleh hidup dengan harmoni kini lebih genting lagi.
Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir menegaskan demikian dalam suratnya kepada Ketua Rabai Yahudi Singapura, Rabai Mordechai Abergel.
Dalam suratnya yang bertarikh 13 Oktober itu, Dr Nazirudin berkata beliau menghargai kepercayaan dan keyakinan antara masyarakat Islam dengan Yahudi di Singapura di mana mereka boleh berbicara secara telus dan terbuka.
Ini di samping bekerjasama dalam kesamaan yang saling memperkukuh dan bukan setakat menumpukan kepada perbezaan yang memecahbelahkan.
"Ada ramai orang Yahudi dan Muslim yang tidak mahu konflik dan sudah bekerja keras untuk mewujudkan masyarakat-masyarakat yang aman damai. Seperti kami, mereka mahu mempunyai kehidupan yang membangun dan bahagia," kata Dr Nazirudin.
Beliau juga mendoakan agar kedua-dua masyarakat Yahudi dan Muslim di zon konflik boleh bekerjasama untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu politik masa kini dan hidup dengan cara yang saling menghormati, bertolak ansur dan harmonis.
Dr Nazirudin berkata: "Saya berharap kami boleh berkongsi model kehidupan bersama masyarakat-masyarakat kita dengan rantau yang terjejas dan menyampaikan mesej betapa perlunya tindakan segera bagi hubungan aman kepada para pemimpin mereka. Meskipun besar cabarannya, mewujudkan hubungan yang aman damai tidak mustahil dan kini paling mustahak".
Berhubung konflik Israel-Hamas yang kian memuncak, Dr Nazirudin berkata tiada tempat mahupun alasan yang mewajarkan sebarang bentuk keganasan dan kekejaman terhadap orang awam oleh sesiapa pun termasuk Hamas.
Beliau juga menegaskan bahawa hak orang awam untuk hidup dengan aman mesti dilindungi setiap masa.
"Kami risau dan meratapi tapak-tapak paling suci di Baitulmakdis. Bagi orang Islam, Masjid Al-Aqsa dalam Haram Al-Sharif ialah tapak ketiga paling suci dalam Islam selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah. Al-Aqsa terletak dekat dengan kawasan paling suci orang Yahudi dan Kristian, dan ketegangan yang memuncak baru-baru ini menjejas mereka yang beribadat dan ia amat dirisaukan semua orang. Konflik ini ada sejarah yang lama dan rumit, " jelas Dr Nazirudin.
MASYARAKAT YAHUDI SG MASIH TERKESAN DENGAN TINDAKAN HAMAS
Dalam surat balasnya yang dikongsikan menerusi laman Facebook Lembaga Kebajikan Orang Yahudi Singapura, Rabai Mordechai Abergel berkata beliau berbesar hati menerima surat daripada Mufti Negara bagi menyatakan perpaduan antara masyarakat Muslim dan Yahudi di Singapura.
"Kami juga berbesar hati dan tersentuh dengan ucapan takziah dan sokongan daripada warga Singapura daripada pelbagai lapisan masyarakat, agama dan fahaman," kata Rabai Mordechai.
"Akan ada hari-hari yang sukar pada masa akan datang dan adalah amat penting untuk kita memperkukuhkan lagi hubungan dan persahabatan antara masyarakat kita, berakar daripada nilai-nilai yang dikongsi bersama dalam tradisi agama kita," tambah beliau.
Dalam surat bertarikh 15 Oktober itu, Rabai Mordechai berkata masyarakat Yahudi di Singapura masih terkesan dengan tragedi yang ditimpakan oleh Hamas Sabtu lalu semasa sambutan festival 'Simchat Torah' yang menandakan pengakhiran hari-hari suci agama Yahudi.
Kata beliau, serangan-serangan yang berlaku adalah unik kerana belum pernah terjadi sejak Perang Dunia Kedua, orang Yahudi dibunuh dengan sekejam itu.
"Oleh itu serangan ini amat menjejas orang Yahudi di mana sahaja mereka berada. Doa kami ditujukan juga kepada orang awam Palestin yang tidak bersalah yang turut terkorban dalam konflik yang tidak masuk akal ini. Kami berharap dan berdoa agar ada huraian bagi konflik ini untuk mencapai kedamaian yang berkekalan antara Israel dengan Palestin meskipun sukar dibayangkan buat masa ini," kata Rabai Mordechai.
Beliau juga berharap kegelapan yang menyelubungi sekarang ini dapat membuka jalan kepada keamanan bagi orang Yahudi dan Muslim, orang Israel dan Palestin dan semoga ia dapat dicapai dengan secepatnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.