Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mufti Negara beri penghargaan atas sokongan 'melimpah' masyarakat meski wujud cabaran rumit

Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir "amat terhutang budi dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga" atas sokongan dan dorongan yang "melimpah" daripada masyarakat, atas usaha yang dilakukan beliau dan pasukannya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir "amat terhutang budi dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga" atas sokongan dan dorongan yang "melimpah" daripada masyarakat, atas usaha yang dilakukan beliau dan pasukannya.

Ini terutama sekali dengan timbulnya "cabaran yang tidak pernah berlaku" dan perjalanan "rumit" yang harus diharungi mereka.

Beliau merujuk kepada pengumuman awal Syawal bagi Singapura tahun ini yang berbeza dengan negara-negara lain di rantau ini, sekali gus mencetuskan pertanyaan dalam masyarakat.

Namun demikian, Dr Nazirudin berharap masyarakat kekal bersatu padu dan semaikan sifat keihsanan dan kasih sayang dalam hati.

MUFTI berkata demikian dalam warkah beliau kepada masyarakat Islam Singapura bertarikh 30 Ramadan 1443H, yang dikongsi di Facebook MUIS.

"Jika semangat (Hari Raya) anda luntur oleh pengumuman Raya tahun ini yang berlainan daripada negara-negara lain di rantau ini, terimalah permohonan maaf saya. Bagi mereka yang bergembira kerana berada sehari lagi dalam Ramadan dan dapat berpuasa, saya harap anda meraih ketenangan dalam Rahmat Allah.

"Saya merayu kepada anda supaya kekal bersatu padu dan memastikan jalinan bersama kita diteruskan dalam masa-masa sangat mencabar bagi semua orang di dunia ini. Jangan biarkan sebarang perasaan tidak senang atau benci berlegar di hati kita. Gantikan ia dengan sifat keihsanan dan kasih sayang, secepat mungkin," tulis MUFTI.

Sempena Hari Raya ini, Dr Nazirudin juga memanjatkan doa agar masyarakat muncul lebih berjaya dan bersifat ihsan.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan