Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mufti kirim surat takziah atas serangan di kuil Sikh di Afghanistan

Masyarakat Islam Singapura berdiri bersama masyarakat Sikh dalam "menolak sekeras-kerasnya  jenayah kekejaman" ke atas rumah ibadah penganut itu di Afghanistan baru-baru ini, kata Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir pada Selasa (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti kirim surat takziah atas serangan di kuil Sikh di Afghanistan

Pasukan keselamatan Afghanistan dekat tapak serangan sebuah kuil Sikh di Kabul pada 5 Mac 2020 (Gambar: Reuters/Mohammad Ismail)

Diterbitkan : 31 Mar 2020 09:13PM Dikemas Kini : 31 Mar 2020 09:18PM

SINGAPURA: Masyarakat Islam Singapura berdiri bersama masyarakat Sikh dalam "menolak sekeras-kerasnya jenayah kekejaman" ke atas rumah ibadah penganut itu di Afghanistan baru-baru ini, kata Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir pada Selasa (31 Mac).

Seramai 25 orang terbunuh, termasuk kanak-kanak apabila kumpulan bersenjata dan pengebom nekad menyerang sebuah kompleks agama di Kabul, ibu kota Afghanistan pada Rabu (25 Mac).

Dr Nazirudin menyampaikan ucapan takziah dan simpati amat mendalam atas kehilangan nyawa yang tidak berdosa itu dalam surat kepada pengerusi Lembaga Penasihat Sikh, Encik Surjit Singh, bagi pihak masyarakat Islam setempat.

"Sebagai sebuah masyarakat minoriti, kami amat menghargai pentingnya kehidupan yang harmoni dan rasa hormat-menghormati terhadap kepercayaan dan amalan masing-masing," kata Mufti.

Tegas beliau: "Tiada ruang bagi keganasan atau kebencian dalam semua agama".

Mengakhiri surat beliau, Dr Nazirudin menekankan bahawa kejadian sedemikian diharapkan "meningkatkan komitmen untuk menjaga dan memperkukuh kepercayaan serta hubungan kasih sayang antara masyarakat Muslim dan Sikh di Singapura".

"Dengan ikatan sosial yang kukuh dan istimewa, kita akan menumpaskan kebencian dan pengganasan."

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan