Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mufti gesa Muslim S'pura ambil vaksin COVID-19, pelihara "keselamatan semua orang"

Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir hari ini (14 Dis) berkata Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan berusaha mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai fungsi, peranan dan sifat vaksin COVID-19 dari kaca mata agama.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir hari ini (14 Dis) berkata Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) akan berusaha mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai fungsi, peranan dan sifat vaksin COVID-19 dari kaca mata agama.

Usaha tersebut demi memberi keyakinan bahawa vaksin tersebut sesuatu yang perlu diambil demi memelihara diri, keluarga dan "keselamatan semua orang", apabila ia terdapat di Singapura.

MUIS sudahpun mengeluarkan Irsyad atau panduan pada Ahad (13 Dis) bahawa vaksin COVID-19 boleh digunakan oleh orang Islam serta menggalakkan anggota masyarakat Muslim supaya mengambil vaksin yang sudah disahkan selamat dan berkesan.

Dr Nazirudin berkata: "Itu adalah satu usaha yang kita akan teruskan sama ada melalui wadah khutbah dan juga akan disampaikan oleh para asatizah kita kepada masyarakat. Kita tahu ada kadangkala mungkin di luar sana beberapa suara yang mungkin menimbulkan was-was dan syak wasangka tentang vaksin ini sama ada dari segi keberkesanannya atau kesan sampingan dan juga dari segi bahannya."

"Ini merupakan proses pendidikan yang berterusan dan saya sangat-sangat berharap masyarakat Islam di Singapura menunjukkan keyakinan yang kuat apabila vaksin itu wujud di Singapura dan selamat digunakan kita akan sama-sama menurut serta dalam mengambil vaksin tersebut sebagai sumbangan kita kepada diri dan juga kepada masyarakat dan negara." 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan