Mufti garis 4 strategi bagi asatizah persiapkan diri bagi pelbagai kerumitan hari ini & masa hadapan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir menggariskan empat strategi buat para asatizah menyusun langkah mempersiapkan diri bagi kerumitan dalam konteks kehidupan semasa.
Ini dikongsi di hadapan 400 asatizah dalam acara Perjumpaan Hari Raya Asatizah bersama Mufti pada Jumaat (3 Mei).
Antara kerumitan yang beliau maksudkan termasuk perubahan iklim, cabaran baharu disebabkan kemajuan kecerdasan buatan, masalah geopolitik mahupun kehidupan sosial dan kekeluargaan yang semakin kompleks, antara lain disebabkan isu LGBTQ+.
Semasa menyentuh tentang perkembangan membabitkan LGTBQ+ yang boleh "menimbulkan banyak permasalahan dari segi kehidupan beragama", Dr Nazirudin akur ramai masih menganggap isu itu sebagai isu yang mudah dan melontarkan kata-kata semudah "gejala ini haram".
Namun begitu, sekadar mengulangi kata-kata tersebut tidak akan dapat menghuraikan masalah, tegasnya.
"Pastinya, perspektif hukum adalah satu perspektif yang amat kritikal dalam menangani isu ini. Tetapi terdapat banyak lagi pertimbangan lain yang menjadikan isu ini satu isu yang amat rumit khusus bagi mereka yang menguruskan dasar awam dan menjaga institusi agama," ujar Dr Nazirudin.
"Ada aspek sebagai contoh hak asasi seseorang, keselamatan awam, permasalahan hukum fiqih, maqasid menjaga agama, menyelamatkan akidah, dan banyak lagi pertimbangan lain," tambah beliau.
APA 4 STRATEGI MUFTI?
Bertitik tolak daripada beberapa contoh yang dibangkitkan untuk menjelaskan tentang sejauh mana dunia semakin kompleks, Dr Nazirudin menggesa para asatizah untuk memperkukuhkan lagi kerohanian dan ketaqwaan, khusus dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah membimbing masyarakat.
Ini strategi pertama yang dikongsi beliau. Beliau menggesa para asatizah agar tidak bersikap sambil lewa semasa bertugas, sebagaimana yang ditekankan dalam kod etika Skim Pengiktirafan Asatizah yang memelihara integriti dan kredibiliti asatizah sebagai pemimpin agama.
Kedua, Dr Nazirudin mengajak para asatizah memperkasakan ketamadunan ilmu di Singapura.
"Dalam menangani isu-isu hari ini dan hari muka, generasi kita inilah yang bertanggungjawab membangunkan dan memperkasakan ketamadunan ilmu, dengan menyumbangkan pemahaman yang segar dan mencari jalan penyelesaian yang baik bagi permasalahan baharu yang kita hadapi," ujar beliau.
Ketamadunan ilmu juga katanya boleh diperkasa dengan menitikberatkan tentang kesenian proses penggubalan hukum-hakam, membincangkan sesuatu isu menjangkau syarat dan rukun dengan memberikan tumpuan kepada persoalan maqasid dan hikmah yang tersirat dalam perintah-perintah agama.
Yang ketiga adalah untuk berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam mencari huraian seperti yang dilakukan MUIS, Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Rangkaian Asatizah Belia (AYN), dalam mengeluarkan panduan agama berkaitan konflik di Timur Tengah pada tahun lalu.

Akhir sekali adalah menanamkan semangat dan sikap menghargai ilmu, mencintai ilmu dan mendukung ilmu sebagai asas bagi pengamalan agama dan kejayaan dalam kehidupan masyarakat.
Ucapan penuh Dr Nazirudin dilampirkan di bawah:

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.