Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir satu-satunya pemimpin agama diiktiraf atas kecemerlangan bimbing masyarakat lawan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir adalah antara lebih 100 individu Muslim yang menerima Anugerah Kebangsaan (COVID-19).

Dr Nazirudin menerima Pingat Pentadbiran Awam (Perak) (COVID-19).

Beliau juga merupakan satu-satunya pemimpin agama di Singapura yang menerima pengiktirafan tersebut.

Ini atas sumbangan beliau memimpin masyarakat Melayu/Islam Singapura dari aspek keagamaan sewaktu melalui pandemik.

Pandemik melanda negara sebaik saja beliau menyandang jawatan tersebut dan beliau perlu membuat pelbagai keputusan berat dan sukar.

Antara keputusan berat itu termasuk menutup kesemua masjid pada 13 Mac 2020.

Dalam wawancara khas bersama DETIK Personaliti pada Ogos lalu, Dr Nazirudin menyifatkannya sebagai satu cabaran yang amat berat.

"Sebagai seorang Mufti yang baru, itu keputusan yang pertama yang untuk menutup masjid secara intuitif saya rasa mungkin sesuatu yang tak boleh digambarkan.

"Saya kira apa pun keputusan, kita perlu bersedia untuk menerima kritikan, teguran dan sebagainya tetapi yang penting pada ketika itu adalah bagaimana kita menyampaikan sesuatu keputusan, menjelaskan kepada masyarakat dan mengingatkan mereka tentang keutamaan-keutamaan agama dalam situasi-situasi tertentu," jelas Dr Nazirudin.

Seiring dengan kepimpinan masyarakat termasuk para petugas dan sukarelawan masjid serta kerjasama masyarakat, usaha membendung penularan COVID-19 di masjid dapat diselenggarakan dengan baik sehingga dibuka kembali setelah keadaan pandemik mereda.

Masjid-masjid di Singapura dibuka kembali secara bertahap-tahap pada 2 Jun 2020.

Selain kepimpinan Mufti Negara, ketangkasan masyarakat dalam bertindak terhadap kesan-kesan COVID-19 juga adalah hasil kerjasama Pasukan Kerja COVID-19 Melayu/Islam yang turut menerima pengiktirafan bagi Anugerah Kebangsaan (COVID-19).

Empat masjid juga menerima pengiktirafan atas sumbangan kepada Rangkaian Rakan Kerja Mendampingi dan Memperkasa Gelandangan (PEERS) dan 'Safe, Sound Sleeping Places' (S3P) iaitu Masjid Al-Ansar, Masjid Assyakirin, Masjid Hang Jebat dan Masjid Kassim.

Sepanjang tempoh pemutus jangkitan COVID-19, golongan gelandangan banyak terjejas dan dibantu dengan menyediakan tempat perlindungan.

Selain pihak masjid, usaha kolektif masyarakat di bawah Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu turut diberi penghargaan.

Ia dianggotai badan-badan seperti MUIS, Yayasan MENDAKI, PA MESRA, AMP Singapura, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS), Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Persekutuan India Muslim.

SENARAI ANTARA PEMENANG PINGAT ANUGERAH KEBANGSAAN COVID-19:

1. Pingat Pentadbiran Awam (Emas) (COVID-19)

a. Muhammad Segar Abdullah
Penolong Ketua Eksekutif (Operasi), Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura

2. Pingat Keberanian (COVID-19)

a. Aqil Syahmi Agos Sahmad
Bekas Kru Penerbangan, Scoot

b. Emiliah Hamzah
Pengurus Operasi (Jururawat), Raffles Medical Group

c. Luqman Hakim Shahfawi
Kru Penerbangan, Scoot

3. Pingat Pentadbiran Awam (Perak) (COVID-19)

a. Soffy Hariyanti Abdul Rahim
Pengarah, Divisyen Dasar Maklumat, Kementerian Perhubungan dan Penerangan

b. Dr Nazirudin Mohd Nasir,
Mufti Negara, Majlis Ugama Islam Singapura

c. Jahara Ibrahim
Pengarah Hospital-Hospital, Divisyen Jagaan 'Ambulatory' dan Peraturan Penyelidikan, Kementerian Kesihatan

d. Zubaidah Said
Penolong Pengarah Kanan, Divisyen Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan

e. Anwar Abdullah
Ketua Eksekutif, Akademi Home Team, Kementerian Ehwal Dalam Negeri

f. Sophianne Mohamad Araib
Pengarah Kumpulan, Lembaga Taman Negara (NParks)

g. Abdul Jalil Abdul Kader
Penolong Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Makanan Singapura (SFA)

4. Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa) (COVID-19)

a. Zarina Ismail
Naib Dekan (Operasi & Latihan Pentadbiran), Institut Kepimpinan Masyarakat Kebangsaan

b. Raizan Abdul Razak
Timbalan Pengarah (Perancangan & Operasi), Divisyen Infrastruktur & Perkhidmatan Kemudahan, Kementerian Pendidikan

c. Elena Mohamed Ayob
Timbalan Pengarah Kejururawatan, Jabatan Pentadbiran Kejururawatan, Hospital Besar Singapura

d. Fatimah Abdul Lateef
Pengarah Bersama, SingHealth Duke-NUS

e. Fatimah Moideen Kutty
Penolong Ketua Pegawai Operasi, Operasi Pentadbiran, Hospital Khoo Teck Puat & Yishun Health

f. Hafizah Hasim
Jururawat Klinisian Kanan, Hospital Tan Tock Seng

g. Hasfizah Mohd Hanef
Pengurus Jururawat Kanan, Hospital Tan Tock Seng

h. Mohamad Abdul Wahab Mohamed Yusof
Penolong Pengarah Kejururawatan, Khidmat Kejururawatan, Woodlands Health

i. Mohamad Raihan Hafidz Mohd Rafiek
Penolong Pengarah Kanan, Strategi Krisis dan Kumpulan Operasi, Hab Operasi Bersepadu, Kementerian Kesihatan

j. Mohamad Rosman Othman
Ketua & Konsultan Kanan, Pusat Mata Nasional Singapura

k. Mohamad Rosman Othman
Timbalan Pengarah Kejururawatan, Jabatan Pentadbiran Kejururawatan, Hospital Besar Singapura

l. Norhayati Ahmad
Timbalan Pengarah Kejururawatan, Jabatan Pentadbiran Kejururawatan, Hospital Besar Singapura

m. Normalis Alwi
Timbalan Pengarah Kejururawatan, Pentadbiran Kejururawtaan, Sistem Kesihatan Universiti Nasional

n. Nur Azah Subari
Timbalan Pengarah, Divisyen Perkhidmatan Hospital, Kementerian Kesihatan

o. Rehmen Izwan Jailani
Penolong Pengarah Kanan, Kumpulan Strategi Krisis dan Operasi, Kementerian Kesihatan

p. Rozana Arshad
Penolong Pengarah Kejururawatan, Khidmat Kejururawatan, Hospital Tan Tock Seng

q. Senifah Radi
Pengurus Kanan Jururawat, Hospital Tan Tock Seng

r. Zubair Amin
Konsultan Kanan, Neonatologi, Sistem Kesihatan Universiti Nasional

s. Masagoes Idris Masagoes Hussain
Ketua Pasukan FAST, Pasukan Polis Singapura

t. Zareen Ariffin
Ketua Pasukan Jejak Kontak (Analisis Data), Pasukan Polis Singapura

u. Kamira Liza Kamal Bharin
Pengarah Divisyen, Pengalaman Tetamu dan Pemasaran, Sentosa Development Corporation

v. Shaikh Abdullah Ab Sukor
Timbalan Pengarah, Peraturan Operasi Lapangan Terbang dan Keselamatan Penerbangan, Penguasa Penerbangan Awam Singapura

x. Zarinah Balkheish Haniffa Marican
Timbalan Pengarah Kanan (Perundangan), Penguasa Penerbangan Awam Singapura













 
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan