Skip to main content

Singapura

Mufti Dr Nazirudin dilantik anggota Majlis Presiden Bagi Keharmonian Agama

Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir dilantik sebagai anggota Majlis Presiden Bagi Keharmonian Agama (PCRH), berkuat kuasa 2 Mac 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Dr Nazirudin dilantik anggota Majlis Presiden Bagi Keharmonian Agama

(Gambar: BERITAmediacorp/Ummu Rabbisyfina)

Diterbitkan : 03 Mar 2020 08:42PM Dikemas Kini : 03 Mar 2020 08:55PM

SINGAPURA: Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir dilantik sebagai anggota Majlis Presiden Bagi Keharmonian Agama (PCRH), berkuat kuasa 2 Mac 2020.

Dr Nazirudin menggantikan Dr Mohamed Fatris Bakaram yang bersara daripada PCRH pada hari yang sama.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden hari ini (3 Mac).

PCRH ditubuhkan di bawah Akta Mengekalkan Keharmonian Agama.

Pengerusi dan anggotanya dilantik oleh Presiden Singapura.

Majlis seramai 10 anggota itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Agung Chao Hick Tin dan terdiri daripada wakil agama-agama utama di Singapura dan juga anggota awam.

Ia memberi nasihat kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri mengenai hal-hal yang menjejas pengekalan keharmonian agama di Singapura yang dirujuk oleh Menteri atau Parlimen, dan mempertimbangkan serta memberi saranan kepada Presiden mengenai perintah sekatan yang dikeluarkan di bawah Akta itu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita