Mufti Besar Mesir puji masyarakat Muslim SG, Dr Maliki zahirkan penghargaan bagi sokongan buat penuntut SG di Al-Azhar
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Dr Maliki Osman/Facebook
SINGAPURA: Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Allam memuji masyarakat Muslim Singapura bagi semangat ihsan, kebaikan hati dan rasa simpati mereka, bukan sahaja kepada saudara Muslim yang menderita di tengah-tengah konflik Israel-Hamas tetapi juga para mangsa bukan Muslim.
Beliau menyampaikan kata-kata pujian itu kepada Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Maliki Osman dalam pertemuan mereka di Mesir pada Ahad (12 Nov).
Dalam catatannya di Facebook, Dr Maliki berkata beliau tersentuh dengan pujian Dr Shawki Allam itu dan berbesar hati dapat bertentang mata dengannya sejak pertemuan terakhir mereka pada 2016.
Pertemuan antara Dr Maliki dengan Dr Shawki Allam itu turut melibatkan perbincangan mengenai krisis yang sedang berlaku di Gaza dan bagaimana golongan Muslim mengawal emosi di tengah-tengah waktu yang sukar ini.
Dalam wawancaranya bersama Mediacorp, Dr Maliki berkongsi, "Beliau (Dr Shawki) mengatakan bahawa ini merupakan sesuatu yang sudah lama berlaku dan ada beberapa aspek yang perlu dilakukan. Beliau mengatakan apa yang umat Islam Singapura lakukan sekarang ini adalah sesuatu yang baik, sesuatu yang betul iaitu mempunyai semangat keihsanan, semangat untuk merasa kepahitan yang dirasai oleh para penduduk Palestin," kata Dr Maliki.
Dr Shawki Allam juga menurut Dr Maliki, menekankan perlunya untuk bertindak sewajarnya, mendoakan dan bantu warga Palestian agar usaha bertahun-tahun lamanya untuk menggalak pemahaman antara agama dan keamanan dunia tidak tersasar.

KEBAJIKAN PELAJAR SG DI MESIR DIJAGA
Dalam pertemuan mereka itu, Dr Maliki juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Universiti Al Azhar atas sokongan terus-menerus kepada pelajar Singapura.
Pelajar Singapura juga membentuk sebahagian besar rakyat Singapura yang berada di Kaherah, Mesir buat masa ini.
"Mereka sering membantu dan memastikan kemaslahatan para penuntut kita. Ramai penuntut kita belajar di Mesir, lebih-lebih lagi di Universiti Al-Azhar," kata beliau.
Bagi para pelajar Singapura di Universiti Al-Azhar, mereka masih menjalani kehidupan seperti biasa walaupun pasukan keselamatan Mesir semakin meningkatkan kehadirannya di tempat-tempat awam di tengah-tengah pelbagai bantahan berkaitan konflik di Gaza.
Dalam pada itu, kedutaan Singapura dan Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura di Mesir (PERKEMAS) terus memantau dan memberikan perkembangan terkini mengenai ehwal para mahasiswa Universiti Al-Azhar.
Penuntut Tahun ke-4, Universiti Al-Azhar, Muhammad Amirul Osman berkata, "Mereka kerap bertanya tentang keberadaan kami supaya mereka tahu bagaimana keadaan setiap pelajar. Mereka tidak menggalakkan para pelajar untuk anjurkan sebarang tunjuk perasaan atau menyertai sebarang bantahan yang diadakan.
Mahasiswi Anisah Mochamad Sandisi pula berkongsi, "Tahun depan, apabila saya sambung ke tahap sarjana, juga di Mesir, saya akan jalani kehidupan seperti biasa. Tidak banyak konflik yang berlaku di Mesir. Kami berada di sini untuk belajar dan dalam masa yang sama, untuk berkhidmat kepada semua orang di sini."
Dalam lawatannya ke Mesir, Dr Maliki juga bertemu dengan Menteri Pendidikan Mesir.
"Beliau (Menteri Pendidikan Mesir) meluahkan keinginan untuk Singapura membantu dari segi latihan untuk para guru mereka. Kita bersedia untuk bekerjasama kerana kita tahu bahawa peningkatan tenaga kerja untuk Mesir begitu penting."
Menurut Dr Maliki, pertemuan-pertemuan itu mengesahkan kerjasama baik antara Singapura dengan Mesir dalam bidang pendidikan dan keagamaan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.