Muatan haram bunga api ditemui di pelabuhan Pasir Panjang semasa singgah di SG: Polis, ICA
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: Today
SINGAPURA: Hampir 1,000 karton bunga api ditemui dalam satu muatan haram di Terminal Pasir Panjang,
selepas seorang individu melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan ICA dalam satu kenyataan bersama menyatakan bahawa muatan kontena yang mengandungi bunga api itu diisytiharkan membawa kargo biasa oleh pemberi konsain asing di China.
Muatan itu juga membuat persinggahan di Singapura dalam perjalanan ke Yaman.
Kesemua bunga api itu yang dibungkus dalam lebih 900 kotak, disembunyikan dalam 130 karton yang mengandungi cawan plastik.
Polis dan ICA menemui barang haram itu dalam satu operasi bersama pada 6 Mei lalu di pelabuhan tersebut.
Kesalahan mengimport bahan letupan tanpa lesen membawa hukuman denda tidak lebih daripada S$10,000, dan penjara sehingga tiga tahun.
Polis menyatakan mereka telah menahan muatan haram itu dan kes sedang disiasat.

Sumber : Today/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.